suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya ditinggalkan dengan hutang bank“ - Syida Melvin kesal bekas suami culas bayar pinjaman

Syida tidak mahu timbul salah faham tentang penglibatannya dalam sebuah syarikat bersama bekas suami.

PELAKON dan usahawan Syida Melvin tampil memberi penjelasan berhubung penglibatannya dalam perniagaan sebuah pusat penginapan dan rekreasi di Hulu Langat, Selangor yang sebelum ini diusahakan bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shahleen.

Enggan terus menimbulkan salah faham ramai, Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, memberitahu dia tidak lagi terlibat dengan sebarang operasi premis berkenaan meskipun namanya masih tersenarai sebagai salah seorang pemilik.

"Asalnya perniagaan saya bersama bekas suami. Bila dah bercerai pada 12 Ogos, malah sebelum itu lagi saya tak terlibat dalam apa-apa operasi syarikat dan tidak menerima gaji," katanya dalam satu hantaran video.

Syidan menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan sebuah pusat rekreasi. 

Syida terpanggil menjelaskan perkara tersebut selepas timbul beberapa isu berbangkit termasuk penggunaan nama dan wajahnya dalam mempromosikan lokasi berkenaan.

Bercakap lanjut, dia juga mendakwa terpaksa menanggung hutang yang banyak susulan pinjaman bank dibuat sebelum ini menggunakan namanya.

"Saya ditinggalkan dengan hutang pinjaman bank. Syarikat ambil pinjaman dengan menggunakan nama saya. Walau syarikat ada nama saya, tapi bekas suami tak mahu bayar apa-apa pinjaman. Saya boleh katakan sejak Februari 2026.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Syida Melvin cari komposer cipta lagu ‘Laici Kang’, tak mahu netizen lupa 

ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin ‘naik hantu’, dakwa bekas suami hina ibu bapa... Dedah bayaran rumah masih tertunggak

"Syarikat membuat bayaran guna kad kredit saya, sepatutnya kena bayar setiap bulan tapi pihak sana hanya abaikan," ujarnya.

Dia dalam masa sama mendakwa tidak dapat mengesan perbelanjaan syarikat selepas bekas suaminya itu membuka akaun baharu atas nama sendiri.

Tambahnya akaun yang memiliki namanya juga telah dibekukan sehingga dia tidak boleh membuat sebarang transaksi.

Syida dan Syafiq Azim sah bercerai pada 12 Ogos. 

Syida juga menceritakan kembali penglibatannya yang banyak dalam memulakan perniagaan berkenaan sebelum beroperasi.

"Sampai hari ini nama saya masih ada dalam The Nyaman Place tapi tak terlibat apa-apa. Saya perasan masih guna nama dan video saya.

"Modal sama banyak, idea kebanyakan daripada saya. Saya turun padang siapkan tempat tersebut sehinggalah ambil keputusan untuk memfailkan perceraian," jelasnya.

Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.

Artikel Lain