PELAKON Syida Melvin sekali lagi bersuara mendakwa dia masih belum mendapatkan hak untuk tinggal di rumah miliknya selepas sah bercerai dengan bekas suami iaitu Mohamad Syafiq Azim Shahleen pada 12 Ogos lalu.Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, turut mendakwa Mohamad Syafiq tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah tempat tinggal sepanjang dia masih dalam tempoh idah. Malah, katanya, bayaran rumah masih tertunggak sehingga dia dicari oleh pihak bank.Perkongsian Syida di Threads. "Sampai sekarang dia tak beri ruang untuk anak-anak tinggal di rumah nama aku. Nafkah tempat tinggal walaupun masih dalam idah, jangan haraplah."Duit rumah tiga bulan dah tak bayar, bank kejar aku sebab rumah itu nama aku tapi dia yang duduk."Aku dan peguam dah bagi notis elok-elok minta beri ruang untuk anak-anak tinggal di situ, tapi dia pentingkan diri. Memang buat tak faham. Sampai sudah aku dan anak-anak tinggal di kampung," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Syida Melvin balik kampung selepas sah cerai, usaha cari kediaman selesa buat anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Anak hidup ‘merempat‘, lima bulan tak bersekolah... Syida Melvin dakwa bekas suami enggan keluar rumahSementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Syida tidak dapat menahan marah apabila mendapat tahu bekas suaminya menghina kedua-dua ibu bapanya.Dia mendakwa bekas suaminya itu bercakap buruk tentang kedua-dua ibu bapanya dan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak-anak."Melampau! Dia hina ibu bapa aku dekat anak-anak. Anak-anak dah besar, dah pandai semuanya. Anak-anak lepas keluar luang masa dengan dia balik dan cerita semua benda ini dekat aku.Syida dakwa bekas suami hina keluarga. "Hang buat macam-macam dekat aku, aku diam. Sekali hang hina ibu bapa kali ini," luahnya.Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.