suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu isteri jadi perhatian, Malek McCrone pilih rahsiakan perkahwinan

Malek selesa rahsiakan wajah isterinya.

DALAM diam-diam, pelakon Malek McCrone selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Tina pada Sabtu, 10 Oktober lalu.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Batu Pahat, Johor yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Manakala, majlis persandingan mereka pula berlangsung di lokasi sama dalam suasana intim.

Malek belum sedia dedahkan wajah isteri.

Menurut Malek, dia memilih untuk menjaga privasi majlis perkahwinannya dan tidak mahu berkongsi secara terperinci mengenai hari bahagianya itu.

Malah keputusan itu dibuat bagi menjaga privasi isterinya yang bukan daripada kalangan industri hiburan.

"Saya dan Tina merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doa buat kami.

"Kami berharap agar perkahwinan ini sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya, Stars Powerhouse Entertainment, kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Malek Mccrone terlepas tawaran gara-gara wajah dikatakan terlalu kacak... Sanggup ubah penampilan jadi buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup seminggu tak jaga makan, Malek Mccrone kembali amal diet ketat... Bakal sertai larian 100 kilometer di Thailand

Meninjau ke media sosial Malek, dia juga tidak membuat sebarang perkongsian mengenai perkahwinannya itu.

Sebelum ini, beberapa foto memaparkan Malek segak mengenakan busana pengantin berwarna hijau ketika majlis perkahwinannya turut menarik perhatian ramai.

Foto berkenaan dipercayai dimuat naik oleh kenalan terdekat.

Artikel Lain