suria

Cukup seminggu tak jaga makan, Malek Mccrone kembali amal diet ketat... Bakal sertai larian 100 kilometer di Thailand

Melakukan aktiviti lasak antara cara Malek jaga kesihatan.

SEBAGAI seorang pelakon dan model, Malek Mccrone sangat menitikberatkan soal pemakanan seimbang bagi memastikan berat badan dan penampilannya sentiasa terjaga.

Bagaimanapun kata Malek atau Malek Marcus Mccrone, 30, sebagai manusia biasa dia juga tidak mahu melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah istimewa sepanjang seminggu Hari Raya Aidilfitri berlangsung.

Kata Malek, kebiasaannya sepanjang tempoh itu dia akan makan apa sahaja hidangan dimahukan sebelum kembali dengan diet dan senaman ketat.

Malek amalkan pemakanan sihat untuk kekal bertenaga.

"Makanan kegemaran saya sudah pastinya rendan kerang dan nasi goreng. Kalau makan terlalu banyak memang berat badan boleh naik sehingga lima kilogram dan wajah tumbuh jerawat.

"Selepas seminggu saya akan kembali mengamalkan pemakanan sihat untuk mendapatkan semula berat badan ideal.

"Saya juga aktif dalam melakukan sukan lasak seperti berlari dan mendaki gunung," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Melukis beri kepuasan kepada Hafreez Adam, tak sangka ramai berminat buat tempahan sehingga jana pendapatan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bersederhana tunjuk kesedihan cara Mimi Lana ‘move on’, sudah memaafkan tapi belum melupakan

Dalam pada itu, Malek yang menyambut Aidilfitri di Melaka juga memberitahu dia turut menolak tawaran kerja sepanjang April kerana mahu memberi tumpuan kepada latihan larian.

Kata Malek, dia akan berlari sejauh 100 kilometer menerusi pertandingan yang diadakan di Betong, Thailand pada Mei depan.

Berkongsi tentang kerjaya lakonan, Malek yang sebelum ini lebih aktif sebagai model memberitahu kini dia semakin yakin untuk membawa pelbagai watak selepas terlibat dalam drama Malang Si Puteri.

malek 3

Malek kini semakin selesa dalam dunia lakonan.

"Sebagai pelakon baru mestilah ada rasa kurang yakin dalam diri. Bila terlibat dalam drama Malang Si Puteri baru saya rasa cabaran sebenar berlakon. Sebelum ini rasanya kayu pun lebih lembut dari saya.

"Pihak pengurusan dapatkan saya tawaran untuk berlakon dalam drama 50 episod itu dan apabila setiap hari di lokasi, banyak perkara saya belajar. Biarpun bukan watak besar tetapi saya berlatih setiap hari.

"Saya masih ingat lagi drama pertama lakonan saya di mana pengarah yang banyak membantu untuk lontarkan dialog. Ketika itu saya sedar lakonan bukanlah satu perkara mudah seperti dibayangkan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain