suria

Bisnes pakaian semakin maju, Ayie Floor88 perbaiki solat dan jadikan sedekah sebagai amalan

Ayie amal solat dan sedekah untuk dijauhkan dari gangguan sihir dalam perniagaannya.

VOKALIS kumpulan Floor88 iaitu Ayie Elham bersyukur perniagaan pakaian yang diusahakan maju walaupun sebelum ini restoran miliknya terpaksa ditutup gara-gara perbuatan sihir dan dengki.

Trauma dengan apa dilalui, Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 27, juga berharap perniagaan kali ini tidak melalui perkara sama dan mahu mencari rezeki tanpa sebarang gangguan.

"Buat masa ini Alhamdulillah perniagaan pakaian ini tiada lagi berlaku gangguan buruk seperti sebelum ini.

size NP 1 (68)

Ayie dan isteri berkongsi minat meniaga bersama.

"Harap-harap tiada lagi isu ilmu hitam sebab saya sudah melaluinya masa buka restoran dulu sebab trauma juga.

"Alhamdulillah setakat ini tiada anasir buruk dan dengki. Harap-harapnya berterusan begini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ayie memberitahu dia juga banyak belajar daripada kesilapan lalu dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhi dengan perkara syirik.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang tak nampak kedai, nasi cepat basi... Ayie Floor88 kesal ada individu tergamak hantar sihir, terpaksa mengalah tutup restoran

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sejam cuba bersalin normal, Ayie (Floor88) menangis lihat isteri bertarung nyawa lahir anak pertama

Selain menjaga solat lima waktu, Ayie turut memperbanyakan amalan sedekah sebagai salah satu usaha menghindari perkara tidak baik.

"Doa kepada Allah agar dilindungi dan dijauhi perkara-perkara tidak baik dan perbaiki agama seperti solat, sedekah selain minta restu dan keredaan ibu bapa," ujarnya.

Sebelum ini Ayie mendedahkan dia dan keluarga mengalami gangguan misteri dipercayai ditujukan oleh seseorang yang cemburu dengan kehidupannya.

size NP 1 (69)

Ayie bahagia bersama isteri dan anak perempuannya.

Justeru itu, restoran kedai makan yang diusahakan Ayie sejak pertengahan 2020 ditutup pada April 2023.

Untuk rekod Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau Nur Natasha Awi pada 20 Oktober 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nayla Amanda yang kini berusia 2 tahun.

Artikel Lain