suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal isteri bengang ditegur tak jaga aurat, ungkit teman lelaki hisap rokok - “Dia kata aku pun buat benda haram”

Setiap orang mengimpikan bakal pasangan yang baik untuk bersama-sama melayari bahtera rumah tangga. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah hubungan, seorang lelaki bukan sahaja perlu membimbing bakal isterinya ke arah kebaikan, malah perlu menunjukkan teladan melalui perbuatan sendiri.

Namun, usaha menegur pasangan mungkin tidak mudah diterima sekiranya diri sendiri masih mempunyai banyak kelemahan.

Perkara itu dikongsikan seorang pemuda yang mengakui bakal isterinya sukar menerima teguran kerana dia juga masih belum sempurna.

A temporary smoking area was provided for smokers outside the parliament main building after it was declared a smoke free zone last week, Monday, October 22, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Ramai wanita kurang minat dengan lelaki yang merokok. -Gambar hiasan AI

"Aku selalu tegur bakal isteri supaya jaga aurat dna jangan pakai ketat. Aku suruh dia pakai stokin bila keluar rumah sebab kaki tu aurat.

"Aku juga suruh dia pakai sarung tangan supaya tak nampak lengan kalau baju terselak.

"Dia akan lawan aku habis-habisan.

  • Lelaki kongsi realiti yang dilaluinya dalam hubungan percintaan.
  • Dia sering menegur bakal isterinya supaya menjaga aurat.
  • Wanita itu pula melenting dan tidak berpuas hati bila ditegur.
  • Wanita itu ungkit teman lelakinya juga buat benda haram iaitu hisap rokok.

"Dia kata aku pun buat benda haram iaitu hisap rokok. Dia kata rokok haram, tapi kenapa aku masih hisap?

"Salah ke aku sebagai lelaki tegur dia?" tulis pemuda itu.

Hantaran tular itu kemudian menerima pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Elok lepas cium dahi, suami tegur isteri cukur kening! Mula-mula tak mengaku tapi kantoi buat kerja tak ‘clean’ dalam tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditegur jamah kuih sementara tunggu jenazah dimandikan, dianggap tak hormat si mati - “Ini kitab mana pula?”

Malah, ramai yang turut meminta lelaki itu agar turut sama memperbaiki dirinya jika dia mahukan pasangan yang baik.

"Betul apa yang perempuan itu tegur. Kau tegur aurat, dia tegur hukum hisap rokok. Betul kedua-duanya.

"Nanti perempuan tu berubah tutup aurat semua, si lelaki belum tentu akan berhenti hisap rokok," tulis beberapa pelayar Threads.

Artikel Lain