PENYANYI Amira Othman menyifatkan kasih sayang yang ditunjukkan anak tirinya, Fatimah Nur Aisya terhadap anak lelakinya, Jarir Umar sebagai sesuatu yang cukup menyentuh hati.Amira atau Nadia Amira Othman, 33, berkata Fatimah bukan sahaja teruja setiap kali bertemu adiknya itu, malah turut menunjukkan sikap prihatin dengan sentiasa mengambil berat tentang keadaan Jarir. “Fatimah sangat menyayangi adiknya. Setiap kali datang ke rumah, dia memang teruja apabila melihat Jarir.“Kalau ayahnya mencium Jarir berulang kali sekalipun, Fatimah akan berkata, 'Daddy, nanti Jarir sakit!'Amira memberi bayangan bakal berkongsi wajah anak tidak lama lagi.“Saya rasa perkara itu sangat manis dan menunjukkan kematangan dirinya. Dia memahami bahawa Jarir ialah adiknya dan dia sangat menyayanginya,” katanya kepada mStar.Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single baharu berjudul Jarir Umar yang diadakan di Cavahall Damansara, Ara Damansara pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Amira mengakui amat mengagumi sikap Fatimah yang menunjukkan kasih sayang serta keprihatinan terhadap adiknya.Malah, dia berharap hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua beradik itu akan terus berkekalan sehingga mereka dewasa.ARTIKEL BERKAITAN: Bosan duduk rumah, Amira Othman tetap gigih kerja... Sempat minta tip sebelum bersalinARTIKEL BERKAITAN: Amira & Fattah belum sedia dedah foto Jarir, mahu anak mereka membesar macam kanak-kanak biasa“Saya amat mengagumi Fatimah kerana sikapnya itu. Saya berharap Fatimah dan Jarir akan terus menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila.“Mudah-mudahan Jarir juga dapat melindungi kakaknya sepanjang hayat,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Amira turut memberi bayangan bahawa dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin akan berkongsi wajah anak mereka kepada umum tidak lama lagi.Bagaimanapun, penyanyi itu berkata keputusan untuk berkongsi wajah Jarir kelak akan dilakukan oleh suaminya. Mudah-mudahan Jarir juga dapat melindungi kakaknya sepanjang hayat. AMIRA OTHMANPENYANYI “Ya saya rasa kami akan berkongsi wajah Jarir tidak lama lagi, insya-Allah.Saya juga mahu anak saya membesar seperti kanak-kanak lain. “Tidak mungkin setiap kali keluar, saya perlu menyembunyikan anak saya. Kesian juga kepadanya.“Insya-Allah, kami akan berkongsi wajahnya supaya orang ramai dapat melihat rupa Jarir.Namun, perkongsian tersebut nanti akan dibuat oleh ayahnya. Saya akan mengikut sahaja,” katanya. Amira (kanan) harap hubungan erat Fatimah (kiri) dan Jarir kekal baik selamanya.Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor. Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Jun lalu. Sebelum itu, Fattah pernah bernikah dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha yang kini berusia 6 tahun.