PENYANYI Amira Othman masih belum bersedia untuk mendedahkan foto mahupun perkembangan anak lelakinya, Muhammad Jarir Umar di media sosial demi menjaga privasi dan keselamatan. Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, berkata dia dan suami, Fattah Amin berpendirian belum masanya untuk mereka berkongsi perihal anak secara berlebihan kepada umum kerana mahu anak itu menjalani fasa membesar yang normal seperti kanak-kanak lain. “Insya-Allah apabila sesuai pada waktunya nanti, kita pasti akan kongsikan kepada peminat.Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Bagi saya biarlah dia melalui kehidupan kanak-kanak seperti yang lain asalkan dia dipelihara. Maklumlah mak dan ayah dia ada haters.“Jadi saya harap perkara itu tidak melibatkan dialah, apa-apa pun kita sentiasa berdoa yang baik-baik,” katanya kepada mStar ketika Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) pada Rabu. Bercakap mengenai pengalaman melahirkan anak sulungnya itu, Amira mendedahkan dia melalui prosedur bersalin secara normal.Bagi Amira, kaedah bersalin bukanlah kayu ukur untuk mengetahui kesempurnaan seorang itu, sebaliknya keselamatan dan kesihatan anak adalah lebih penting. ARTIKEL BERKAITAN: Bosan duduk rumah, Amira Othman tetap gigih kerja... Sempat minta tip sebelum bersalinARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Amira dapat anak lelaki, pilih nama Muhammad Jarir Umar“Saya selalu beritahu terutama bila buat sesi siaran langsung, tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau normal, susu formula atau susu badan. Yang penting kita dapat beri apa yang termampu untuk melindungi anak.“Ibu saya agak tegas, jadi saya memang ikut pantang betul-betul dan paling penting tidak mahu stres. Suami pun selalu pesan supaya sentiasa bertenang dan jangan tertekan,” jelasnya.Dalam pada itu, Amira menzahirkan rasa syukur apabila Fattah sentiasa memberi sokongan penuh dan membantu dalam menguruskan bayi mereka di rumah.Amira selamat melahirkan cahaya mata pada 22 Jun lepas.“Fattah memang seorang yang penyayang. Kalau tengok keakraban dia dengan Fatimah pun kita tahu mereka mempunyai hubungan bapa dan anak yang sangat rapat. Begitu jugalah dengan Jarir.“Rutin sekarang memang bergegas ke sana ke mari, nak keluar kena sediakan susu dan bawa banyak barang anak. Tetapi saya sangat seronok melalui fasa pembelajaran ini,” ujarnya.Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor. Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 22 Jun lepas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube