suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelapis Raihan... Jelajah ‘Gen-Z Nasyid‘ mahu tarik anak muda sokong muzik ketuhanan

Kumpulan Andika antara yang terlibat menjayakan Gen-Z Nasyid Showcase & Concert.

BUKAN sekadar program hiburan, penganjuran Gen-Z Nasyid Showcase & Concert juga membawa misi besar untuk memperkenalkan wajah baharu kumpulan nasyid kepada lebih ramai golongan muda dan peminat muzik.

Menampilkan tiga kumpulan iaitu Aeydan, Onepath dan Andika, acara ini juga secara tidak langsung membuka ruang kepada bakat muda dalam memastikan kesinambungan industri nasyid Malaysia terus berkembang.

Bagi Presiden Persatuan Munsyid Malaysia, Hazamin Harun, usaha memperkenalkan nasyid kepada generasi muda perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman.

Kumpulan Aeydan sempat berinteraksi dengan penonton. 

“Sebagai badan induk, Munsyid Malaysia menyokong aktiviti Munsyid Muda dalam usaha mendekatkan nasyid kepada generasi baharu. Kita mahu generasi muda melihat nasyid sebagai sesuatu yang dekat dengan mereka.

“Bukan sekadar dari segi mesej dan nilai, tetapi juga dari segi muzik, persembahan dan pengalaman yang mereka rasai. Kita mahu membuktikan bahawa nasyid boleh bergerak ke hadapan, tampil moden dan bertenaga, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan identiti serta rohnya sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, penganjuran ini juga dianggap sebagai satu tanggungjawab untuk meneruskan legasi muzik yang pernah dibawakan oleh kumpulan nasyid terdahulu seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan UNIC.

ARTIKEL BERKAITAN: “Culas promosi punca artis nasyid baharu sukar bertahan“ - Hijjaz 

ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani komited hidupkan industri nasyid, perlu sokongan untuk lebih meriah

Justeru, pihak Munsyid Malaysia memberi sokongan penuh terhadap kumpulan nasyid muda untuk meneruskan usaha ini kepada kelompok peminat baharu.

“Kita berdiri hari ini atas bahu mereka yang telah membina industri ini. Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam, UNIC, Saujana, Nowseeheart, Brothers dan banyak lagi telah meninggalkan satu legasi yang sangat besar.

“Sokongan Munsyid Malaysia kepada Munsyid Muda adalah sebahagian daripada usaha menyambung legasi itu, dengan membawa obor yang sama menerusi langkah dan suara generasi baharu,” jelasnya.

Kemunculan kumpulan Onepath terus memperkenalkan muzik nasyid kepada golongan muda. 

Gen-Z Nasyid Showcase & Concert dirangka dalam bentuk empat siri persembahan mengikut zon, melibatkan Lembah Klang, Pantai Timur, Zon Utara dan Zon Selatan, sebelum kemuncaknya menerusi sebuah konsert berskala besar pada Januari 2027.

Siri jelajah telah bermula pada 7 Ogos di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor.

Program kemudiannya akan diteruskan ke Zon Pantai Timur pada 18 September, bertempat di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, Terengganu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain