suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza kekal berpengaruh, ungguli 14 pencalonan AIM25, Aisha Retno dapat lapan kategori

Aisha (kiri) dan Siti antara yang bakal menjadi tumpuan edisi kali ini.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan keunggulannya sebagai figura paling berpengaruh dalam industri muzik apabila mendominasi 14 pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25).

Pencalonan berkenaan merangkumi lapan kategori antaranya Vokal Wanita Terbaik melalui lagu Kesuma, Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, Lagu Perayaan Terbaik dan Rakaman Album Terbaik. 

Selain itu, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, turut mendapat empat pencalonan bagi Lagu Tradisional Terbaik melalui lagu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri. 

Aisha (kiri) dan Siti antara yang paling banyak pencalonan.

Dalam masa sama, Siti turut menerima dua pencalonan bagi kategori Rakaman Lagu Terbaik dan tiga pencalonan untuk Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis Luar Negara Terbaik.

Sementara itu, Aisha Retno yang pertama kali menyertai AIM pada tahun ini turut tercalon dalam lapan kategori.

Antaranya Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Elektronik Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik. 

ARTIKEL BERKAITAN: AIM25 tetap berlangsung di Kuching, penganjur harap IPU tambah baik menjelang 26 September

ARTIKEL BERKAITAN: AIM25 cipta sejarah julung kali dianjurkan di Sarawak

Manakala dua pencalonan lain ialah melalui penulis lirik bagi kategori Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik. 

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim, kesemua calon disenarai pendek itu dipilih  menerusi proses penjurian yang menyeluruh oleh panel pengamal dan pakar industri yang berkelayakan tinggi diketuai oleh Ajai.

Menurut Rosmin, markah penjurian dikumpulkan dan diaudit secara bebas bagi memastikan integriti, ketelusan dan kredibiliti proses penjurian.

Sumbangan mereka terus membentuk kekayaan dan kepelbagaian landskap muzik Malaysia.

ROSMIN HASHIM

PENGERUSI PERSATUAN INDUSTRI RAKAMAN MALAYSIA (RIM)

AIM25 merupakan sebuah edisi yang amat istimewa buat kita semua apabila kita meraikan Jubli Perak Anugerah Industri Muzik Malaysia. Sepanjang 25 edisi, AIM terus berkembang seiring dengan perkembangan industri muzik Malaysia, dengan mengiktiraf kreativiti, bakat dan dedikasi para penggiat muzik kita.

“Pada tahun ini, kami amat teruja untuk membawa AIM ke Sarawak buat pertama kali. Pengumuman Calon 5 Akhir merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan menuju ke malam anugerah, dan kami berbangga melihat representasi muzik Malaysia yang begitu pelbagai merentasi setiap kategori.

“Kami mengucapkan tahniah kepada semua Calon 5 Akhir dan merakamkan penghargaan kepada setiap artis, pencipta lagu, penerbit, syarikat rakaman serta penggiat industri muzik yang mengambil bahagian dalam AIM25. Sumbangan mereka terus membentuk kekayaan dan kepelbagaian landskap muzik Malaysia," ujarnya. 

Barisan komposer dan penyanyi yang tercalon AIM25.

Edisi Jubli Perak AIM25 menampilkan 32 kategori anugerah, termasuk dua kategori baharu yang diperkenalkan bagi mencerminkan kepelbagaian identiti budaya Malaysia serta perkembangan landskap muzik negara. 

Kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Antarabangsa pula tidak akan dipertandingkan berikutan jumlah penyertaan yang layak diterima sepanjang tempoh pencalonan adalah terhad.

Keputusan tersebut dibuat selepas tempoh pencalonan ditutup dan setelah penilaian terhadap penyertaan yang layak bagi kategori berkenaan dilaksanakan.

Malam kemuncak AIM25 akan berlangsung di BCCK, Kuching, Sarawak pada Sabtu, 26 September 2026, pukul 9 malam.

Acara ini akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh TVS menerusi Saluran 122 dan TVS Inspire, membolehkan penonton di seluruh Malaysia bersama-sama meraikan penganjuran AIM edisi ke-25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain