PELAKON Harris Annuar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Asha Merican, selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Rabu.Meluahkan rasa syukur, Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 33, turut terharu kini dikurniakan sepasang cahaya mata. "Jadi ayah dengan anak kedua ini memang seronok. Tambahan pula ini anak lelaki, syukur kami sudah dapat sepasang.Harris meluakan rasa syukur isteri selamat bersalin. "Terharu dikurniakan anak kedua ini, sempat juga saya menangis tadi. Saya ada bersama isteri sepanjang proses bersalin," katanya kepada mStar.Bayi lelaki berkenaan dilahirkan pada pukul 9 pagi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor menerusi kaedah pembedahan.Ketika dihubungi, Harris turut memberitahu isteri dan bayi mereka dalam keadaan sihat dan stabil.ARTIKEL BERKAITAN: Harris Annuar bakal timang cahaya mata kedua, akhirnya anak sulung ada teman bermain ARTIKEL BERKAITAN: Disangka beri sokongan kes rogol, Harris Annuar jelaskan perkara sebenar... "Memang saya setuju dia dihukum"Dia sebelum itu turut memuat naik gambar bersama Asha dan bayi mereka yang baru dilahirkan itu.Pasangan ini sepakat memberi nama Issa Suleiman kepada anak mereka.Harris sebelum ini berkongsi keterujaan isteri hamil anak kedua. "Kami ambil sempena dua nama Nabi. Nabi Sulaiman merupakan seorang raja yang adil dan bijaksana. Sementara nama Issa itu pula memang sudah lama kami rancang," ujarnya.Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga dengan Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.Terdahulu, mereka mempunyai cahaya mata perempuan iaitu Aura Medina yang kini berusia tiga tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube