suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani & Noorkhiriah ungguli ASA 2026... Rahim Razali dipilih Tokoh Seri Angkasa

Azhan (kiri) dan Noorkhiriah mengungguli ASA 2026.

PELAKON Azhan Rani dan Noorkhiriah dinobatkan sebagai pelakon TV lelaki dan wanita terbaik bagi Anugerah Seri Angkasa 2026. 

Noorkhiriah Ahmad Shapie, 48, memenangi kategori tersebut melalui lakonannya dalam drama Seribu Tahun manakala Azhan Rani, 50, menerusi drama Wok. 

Kedua-dua mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 secara keseluruhan. 

Azhan berjaya mengetepikan dua finalis lain iaitu Allahyarham Jalil Hamid dan Zamarul Hisham manakala Noorkhiriah pula menewaskan Fauziah Datuk Ahmad Daud, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah. 

Rahim Razali dianugerahkan Tokoh Seri Angkasa 2026.

Dalam pada itu, Tokoh Seri Angkasa 2026 pula diberikan kepada Datuk Rahim Razali yang membawa pulang trofi, wang tunai sebanyak RM18,000 secara keseluruhan, pakej percutian ke Royal Chulan dan sebuah kereta proton e.mas7. 

"Syukur Alhamdulillah saya mendapat anugerah ini. Saya rasa amat bertuah apabila mendapat anugerah ini. Saya amat terharu. 

"Saya sangat bersyukur. Terima kasih yang tidak terhingga," katanya ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Finas peruntuk 6 kategori Dana Kandungan Kreatif RM15 juta... Perluas peluang penggiat, bakat baharu dan artis veteran

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton marah jalan cerita ‘Seribu Tahun’ perlahan, Noorkhiriah minta sabar tunggu episod seterusnya

Anugerah Khas Juri diberikan kepada Khiu Siaw Fong dengan karya animasi Kumang And The Ungrateful Phyton yang membawa pulang kereta jenama perodua QV-E dan wang tunai sebanyak RM8,000 serta trofi. 

Sementara itu, Harun Hashim dan Siti Elizad Sharifuddin membawa pulang trofi pelakon pembantu lelaki serta wanita terbaik. 

Pelakon kanak-kanak TV terbaik disandang oleh Muhammad Dzul Hadziq Mohamad Zamri manakala Zahiril Adzim membawa pulang trofi pelakon komedi TV terbaik. 

Sementara itu, drama TV Terbaik dimenangi oleh Selampai Labung arahan Danny Alamsyah Adriansyah yang membawa pulang trofi dan juga Dana Kandungan Kreatif sebanyak RM200,000. 

Dokumentari TV terbaik pula disandang oleh Baharunnurdalila Baharuddin dengan naskhah Di Sebalik Bayangan Harimau yang membawa pulang Dana Kandungan Kreatif sebanyak RM150,000.  

Zahiril memenangi Pelakon Komedi TV Terbaik.

Zahiril memenangi Pelakon Komedi TV Terbaik.

Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2026: 

-Drama TV Terbaik: 

Danny Alamsyah Adriansyah – Selampai Labung (TVI)

Pengarah Drama TV Terbaik:

Bade Haji Azmi – Dosa Tak Terampun (TVI)

-Skrip Drama TV Terbaik:

Ahmad Abror Haji Muhammad Rivai – Kalam Murabbi (TV1)

-Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik:

Azhan Rani – Wok (Unifi TV)

-Pelakon Wanita Drama TV Terbaik:

Noorkhiriah – Seribu Tahun (Astro Ria)

-Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik:

Harun Hashim – Bilal Dan Abah (TV Al Hijrah)

-Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik:

Siti Elizad Sharifuddin – Detik Waktu (TV Okey)

-Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik:

Muhammad Dzul Hadziq Mohamad Zamri – Lukisan Hati Umar (TV3)

-Pelakon Komedi TV Terbaik:

Zahiril Adzim – Ramadan I Miss You (TV3)

-Dokumentari TV Terbaik: 

Baharunnurdalila Baharuddin – Di Sebalik Bayangan Harimau (TVI)

-Liputan Sukan TV Terbaik:

Sepak Takraw Piala Asia Akhir Kategori Regu (Astro Arena)

-Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik:

Majlis Pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 (Sukan RTM) 

-Tatarias TV Terbaik: 

Citra Reka Busana (Mohd Sharil Mahat TV2)

-Set TV Terbaik:

Anugerah Juara Lagu 39 (TV3)

-Penataan Cahaya TV Terbaik:

Anugerah Juara Lagu 39 (TV3)

-Pengacara TV Terbaik:

Muhammad Dinnie Asyraf Salim (Bernama TV)

-Audio Rancangan TV Terbaik:

Project: Exit (Astro) 

-Jurukamera TV Multi Camera Production Terbaik: 

Perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 (Fairul Yusoff)

-Penyampai Radio Wanita Terbaik 2026:

Dyya Nawai (Nasional FM)

-Penyampai Radio Lelaki Terbaik 2026:

Azlan Omar (Klasik FM)

-Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik:

Anugerah Juara Lagu 39

-Anugerah Wartawan TV Terbaik:

Fahmi Tajuddin (TV3) 

-Penyampai Berita TV Terbaik:

Otto Othman (TV2) 

-Podcast Terbaik 2026:

Podcast Bukan Maksum (terbitan Norhaffizah Razak / IKIMfm)

-Video Pendek Terbaik:

Malay Kampung in Australia – Tanisraju A/L Soorinarayanan (BFM)   

-Drama/ Drama Bersiri/ Drama Mikro Terbaik:

Bru – Nik Amir Hafiz bin Nik Mustapha (Tonton)   

-Hiburan Radio Terbaik:

Konsert Gagar Merdeka Keehoi 2024 (Ranlah @Ramlah Othman)

Artikel Lain