SEMPENA ulang tahun kelahiran usahawan sensasi Datuk Seri Vida yang ke-55, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memberikan ucapan istimewa buat teman wanitanya itu. Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata, dia sangat bertuah kerana mengenali vida yang merupakan insan paling comel dan selalu menceriakan kehidupannya. "Selamat hari lahir sayang. Jujur saya cakap, saya rasa bertuah sayangkan bidadari yag paling comel dan selalu ceriakan hidup saya. Vida dan Fazley didakwa bakal mendirikan rumah tangga. "Tak sabar rasanya nak sehidup semati. Saya sayangkan awak sangat-sangat," katanya melalui satu hantaran di Threads pada Sabtu. Dalam masa sama, Fazley turut meluahkan rasa keterujaannya untuk mendirikan rumah tangga bersama Vida. "Semoga dipermudahkan urusan kita ke pelaminan. Abang nak jaga sayang baik-baik, nak tengok sayang senyum sahaja. Susah senang, kita hadap sama-sama. "Saya sayang awak, sayang. Selamanya abang awak," ujarnya. Fazley turut sempat memberikan pesanan yang dia tidak sabar untuk sarapan bihun goreng cecah budu bersama Vida.ARTIKEL BERKAITAN: Hari istimewa bertukar pilu, bapa Cik B meninggal dunia pada ulangtahun kelahiran VidaARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi VidaSebelum ini, Fazley ketika ditemu bual mStar, memberi bayangan jelas hubungannya bersama Vida bakal melangkah ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menegaskan perancangan tersebut memerlukan masa serta penelitian rapi mengikut adat dan situasi semasa. Untuk info, Fazley dan Vida atau Hasmiza Othman, 55, mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing, Cik B dan Farieds menyertai program Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.