suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Kmy Kmo meninggal dunia akibat serangan jantung kronik

Kmy berkongsikan bapanya meninggal dunia pada Sabtu.

BAPA kepada penyanyi Kmy Kmo disahkan meninggal dunia pada Sabtu akibat serangan jantung yang kronik.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 37, dalam satu hantaran di Threads. 

"Innalillahi wa inna ilaihirojiun. Al Fatihah. Terima Kasih Abah, kita jumpa lagi ya abah," katanya. 

Jelas Kmy, jenazah bapanya iaitu Mohamed Azmaili Ismail disolatkan di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Kampung Marhum, Pekan, Pahang. 

Kmy sebelum ini berkongsikan bapanya mengalmai serangan jantung yang kronik. 

"Jenazah akan disolatkan di sini dan dikebumikan selepas Zohor. 

"Bagi yang mengenali ayahanda saya boleh hadir untuk berikan penghormatan terakhir buat Arwah. Terima kasih," ujarnya. 

Sebelum ini pada 16 Oktober lalu, Kmy berkongsi dia berdepan ujian berat apabila bapanya berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung yang kronik.

Kmy memaklumkan tahap kesihatan serta fungsi jantung bapanya semakin merosot selepas hampir 23 tahun bergantung kepada rawatan dialisis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Kmy Kmo kritikal di ICU, alami serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo cuak pemandu e-hailing ‘microsleep’, sanggup tawar diri tukar tempat duduk... Siap bagi gula-gula sambil berborak

Kmy mendedahkan bapanya kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat sokongan jantung selain perlu menjalani kaedah dialisis khas berikutan keadaannya yang tidak stabil.

"Abah saya telah menjalani dialisis selama hampir 23 tahun. Kini, beliau mengalami serangan jantung yang serius dan fungsi jantungnya semakin merosot dari hari ke hari.

“Beliau kini bergantung pada ubat sokongan jantung dan menjalani dialisis khas (Sustained Low-Efficiency Dialysis SLED) di ICU kerana keadaan jantung yang tidak stabil,” ujarnya.

Artikel Lain