suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Josiah Hogan bidas kegagalan Indonesia punca jerebu makin buruk, saran negara jiran lebih bertanggungjawab

Josiah harap kerajaan Indonesia dapat bertanggungjawab.

PELAKON Josiah Hogan menyifatkan bencana jerebu akibat pembakaran tanah di Indonesia sebagai satu kegagalan yang perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa di republik berkenaan.

Josiah, 40, berkata, rakyat Indonesia tidak sepatutnya bersikap defensif atau menuntut negara jiran untuk bersabar dengan pencemaran udara yang dihadapi saban tahun.

“Kita kena tengok apa yang betul dan apa yang tidak betul. Tak boleh nak nafikan saya pernah cari makan di sana, tetapi setiap tahun benda ini berlaku. Kita tidak bolehlah atas alasan orang Indonesia kata 'korang kena bertahanlah'. Tak boleh macam itu, salah tetap salah!

Josiah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Macam saya, orang Amerika kan? Negara saya bantu Israel dan benda itu terang-terang salah. Sudah tentu saya akan tuntut kerajaan negara saya bertanggungjawab, kau tak sepatutnya sokong Israel.

“Begitu juga orang Indonesia, ramai sebenarnya yang ada mentaliti waras dan mengkritik kerajaan mereka sendiri. 

“Ada artis mereka seperti Jefri Nichol yang secara terbuka suruh saman kerajaan Indonesia sebab sedar benda ini memang salah,” katanya kepada mStar.

Kesal dengan impak pencemaran jerebu yang menjejaskan kualiti udara, Josiah tetap menzahirkan rasa simpati terhadap nasib rakyat di Indonesia yang terpaksa berdepan situasi lebih teruk. 

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan bersimpati nasib menimpa Syanie, saran penerbit beri peluang pada artis lama

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan tak sekadar tunggu tawaran, cari peluang hadir uji bakat iklan di media sosial

Dalam masa sama, aktor itu bersyukur kerana sistem pengurusan di Malaysia masih berada dalam keadaan aman dan teratur.

“Harap-harap ini bukan beban kita sahaja, malah beban rakyat Indonesia yang terpaksa berhadapan dengan kerajaan mereka yang macam itu.

“Sebab seteruk-teruk kita di Malaysia, lebih teruk lagi rakyat di sana yang terpaksa berdepan masalah pentadbiran sebegitu. 

Josiah belum lagi menerima tawaran lakonan di Indonesia. 

“Jerebu yang kita hadapi ini memang sangat teruk dan tak sepatutnya berlaku, tapi apa yang rakyat mereka lalui, tak boleh bayangkan,” jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan karier seni di Indonesia, Josiah memaklumkan dia belum menerima sebarang tawaran lakonan baharu.

“Buat masa ini belum ada tawaran lagi. Saya tidak salahkan mereka sebab industri di sana sangat berbangga dengan produk dan bakat mereka sendiri.

“Saya faham kenapa mereka tidak mahu membazir masa mengajar saya bertutur bahasa Indonesia atau sediakan jurulatih khas. Tapi kalau mereka panggil, saya sedia pergi. Kalau tidak, saya tidak ada masalah,” ujarnya.

 

 

Artikel Lain