suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Josiah Hogan bersimpati nasib menimpa Syanie, saran penerbit beri peluang pada artis lama

Josiah (kiri) tidak setuju dengan pendapat mengatakan Syanie tidak relevan.

PELAKON Josiah Hogan terkilan dengan sikap segelintir pihak dalam industri seni yang seolah-olah tidak menghargai keringat anak seni veteran selepas berpuluh tahun mereka berjasa dalam dunia lakonan.

Jelas Josiah, 40, kerjaya seni sepatutnya dibina atas dasar kepercayaan bersama demi menjaga kebajikan pelakon berpengalaman pada hari tua mereka.

“Isu ini sebenarnya sukar kerana boleh berlaku kepada mana-mana pelakon. Kerja kami bukan senang, sebagai pelakon kita menghabiskan masa dan tenaga dalam industri ini selama 15, 20 sehingga 30 tahun.

Josiah berkongsi pendapat tentang pelakon yang kurang menerima tawaran. 

“Kalau tiba-tiba di penghujung fasa itu kita sudah 'sendu', sukar untuk kita patah balik. Kita tidak boleh menjadi muda semula dan mula bekerja benda lain.

“Industri kita ini sepatutnya berlandaskan kepercayaan, di mana bila sudah lama esok, insya-Allah akan dibayar mengikut piawaian yang sewajarnya. 

“Tetapi yang menyedihkan, kepercayaan yang kita berikan itu tidak dipenuhi oleh pemain industri,” katanya kepada mStar ketika ditemui di majlis

pelancaran filem Takluk 2: OP Daulat di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan idam watak LGBT, mahu cabar diri... “Kalau dipersembahkan dengan cara yang difahami penonton, mereka takkan kecam“ 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tiada tawaran, Syanie kesal industri utamakan artis ramai pengikut di media sosial

Mengulas mengenai kecaman warga maya terhadap pelawak Syanie yang dilabel tidak lagi relevan susulan mendedahkan hanya ditawarkan bayaran RM500 sehari, Josiah menganggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi oleh anak seni.

Bagaimanapun, aktor itu tetap menzahirkan rasa bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan seperjuangan itu. 

“Saya nampak ini sebagai ujian yang Tuhan berikan di mana suatu hari nanti kita akan berdepan kesusahan.

Kita tidak semestinya perlu ambil pelakon yang jadualnya sentiasa padat

JOSIAH HOGAN 

PELAKON

“Tetapi sudah tentu perkara begini tidak patut berlaku,” ujarnya. 

Pada masa sama, Jodiah mencadangkan agar pihak penerbitan tidak terlalu mengejar pelakon yang mempunyai jadual kerja padat semata-mata. 

Sebaliknya, tambah Josiah penerbit perlu memberi kepercayaan kepada pelakon berpengalaman yang mempunyai masa terluang agar dapat lebih mendalami watak yang diberikan.

“Kita tidak semestinya perlu ambil pelakon yang jadualnya sentiasa padat. Kenapa tidak panggil pelakon yang ada kelapangan waktu?

Josiah cadang penerbit beri peluang kepada lebih ramai pelakon. 

“Mana tahu bila mereka bawa karakter itu, ia boleh menjadi tular kerana minda mereka lapang dan fokus untuk membawakan watak dengan lebih kuat. 

“Perkara ini sering berlaku di Hollywood, pilihan kedua atau ketiga itulah yang akhirnya meletupkan (melariskan) sesebuah filem,” jelasnya.

Sebelum ini, nama pelakon dan pelawak Syanie menjadi sasaran kecaman segelintir pengguna di platform Threads susulan pendedahannya yang mendakwa pernah ditawarkan bayaran serendah RM500 sehari untuk sebuah penggambaran.

Artikel Lain