PELAKON Syanie Hisham mendedahkan dia sudah dua tahun tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana produksi drama atau filem.Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 52, berkata dia berasa sedih dan ralat memandangkan sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni tempatan. Bagaimanapun, dia reda dan menerima hakikat trend industri hiburan kini yang lebih mengutamakan artis dengan jumlah pengikut yang besar di media sosial.Syanie tidak pernah tinggalkan kerjaya seni. “Kalau nak ikutkan, saya memang sudah dua tahun tiada penggambaran. Bukan tak mahu berlakon, tetapi memang tiada tawaran.“Sedih itu ada sebab saya dalam industri ini sudah lebih 30 tahun sejak tahun 1991. Bila tak ada tawaran, terasalah juga. Tak ada ke langsung benda yang saya buat menunjukkan saya ini boleh kekal relevan?“Tetapi kita kena terima hakikat yang sekarang ini orang tengok jumlah pengikut. Saya menerima hakikat mungkin bukan rezeki saya, kalau rezeki takkan ke mana,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... makin manis Syanie selepas bertudung, mahu jaga maruah suami - “Saya kotakan janji saat kami diijabkabulkan” ARTIKEL BERKAITAN: Bukan bersara tapi tiada tawaran, Syanie tak pernah terfikir tinggalkan dunia seniMengulas lanjut berhubung isu bayaran, Syanie mengakui pernah menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolak berikutan kadar bayaran yang disifatkan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan pengalamannya.“Saya pernah dapat tawaran yang rendah daripada harga saya. Saya bukannya nak 'demand' tinggi, tetapi biarlah berbaloi dengan 30 tahun punya pengalaman. “Mereka tawar RM500 untuk sehari, yang mana membabitkan sehingga 15 babak dari pagi sampai malam. Bagi saya ia tidak berbaloi kerana saya kena cari baju sendiri. Saya bukannya budak kecil yang boleh guna baju sedia ada daripada produksi,” ujarnya. Saya menerima hakikat mungkin bukan rezeki sayaSYANIE PELAKON Dalam pada itu, Syanie berkata dia juga tegas dan berhati-hati memilih skrip kerana enggan menerima sebarang watak yang sengaja memperlekehkan maruah diri dan keluarga demi menjayakan babak komedi."Dulu masa kita muda-muda, saya memang bagi skrip dekat emak suruh baca sama ada okey atau tidak cerita ini. Lepas itu saya sendiri nilai. "Dan saya memang daripada dulu jarang sangat ambil cerita yang memalukan diri sendiri. Bukanlah kata kita ini nak diva, tidak. Tetapi tak naklah memalukan saya," ujarnya. Syanie juga kini aktif menjalankan perniagaan. Jelas Syanie, bagi mengisi masa lapang sepanjang tiada penggambaran, dia memilih untuk berniaga dan aktif berinteraksi bersama peminat menerusi platform TikTok.“Sepanjang dua tahun ini saya berehat di rumah, berniaga makanan seperti menerima tempahan roti jala serta rendang, dan sertai majlis-majlis. "Kadang-kadang saya buat siaran langsung di TikTok sebab rindu nak menyapa peminat yang kerap bertanya bila saya nak berlakon semula,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube