Noraniza teruja dapat membuat persembahan di Konsert Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza (kanan).
PENYANYI Noraniza Idris mengakui gementar memikirkan jangkaan peminat terhadap kemunculannya sebagai artis jemputan dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Oktober depan.Justeru itu, Noraniza, 57, memberitahu dia kini sedang melakukan persiapan rapi bagi memastikan penampilannya di konsert berkenaan tidak mengecewakan peminat. Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa sebak terkenang sekiranya komposer Allahyarham Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah masih ada, sudah pasti arwah berbangga melihat penganjuran konsert yang mengetengahkan muzik tradisional itu.Noraniza akui gementar dengan ekspektasi yang diberikan peminat."Ya, inilah yang saya sangat bimbangkan. Sebelum ini memang saya down habis untuk meneruskan kerjaya nyanyian dan lebih seronok di belakang tabir. "Tapi lepas buat bariatrik saya jadi lebih yakin. Saya dah mula fikirkan kerjaya nyanyian semula. "Insya-Allah saya akan buat sehabis baik. Kalau arwah Pak Ngah masih ada, dialah orang pertama yang akan bangga," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tetap sokong konsert Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: “Komposer ramai, kena rajin cari“ - Noraniza Idris bangkang guna AI sepenuhnya cipta lagu tradisionalDalam pada itu, ratu irama Malaysia ini memaklumkan bakal menyampaikan dua buah lagu pada konsert berkenaan dan menyifatkan persiapannya kali ini agak mencabar."Saya akan menyanyikan dua buah lagu. Vibes konsert ini tak sama dengan persembahan biasa. "Rasa gementar dah bermula dari sekarang, memang saya memerlukan persediaan mental dan fizikal. Vibes konsert ini tak sama dengan persembahan biasaNORANIZA IDRISPENYANYI"Saya perlu turun berat badan sehingga 10 kilogram dalam masa dua bulan. Ini sasaran peribadi saya," katanya.Sementara itu, Noraniza berkata dia kini memberi lebih perhatian terhadap persediaan fizikal termasuk menjaga pemakanan dan memastikan mendapat rehat yang mencukupi."Alhamdulillah setakat ini saya sedang kawal pemakanan, utamakan protein berbanding karbo. Noraniza kini sedang mempersiapkan fizikal dan mental menjelang konsert."Tidur kena cukup, cuba minum air ikut sukatan sebenar tiga liter sehari. Ogos ini saya nak selesaikan tugas-tugas kerja zapin dulu sebelum September nanti buat latihan fizikal dengan personal trainer. "Saya sudah ada jadual latihan vokal bersama Cikgu Azizul Haqiem kerana untuk lagu-lagu tradisional ini perlukan guru yang faham cara nyanyian lenggok Melayu," katanya.Pada 5 Ogos lalu, Noraniza diumumkan sebagai salah seorang penyanyi jemputan konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!