SELEPAS melalui pelbagai kontroversi dalam kehidupan peribadi, pelakon Aliff Aziz mengakui berdepan kerisauan mengenai penerimaan penonton terhadap wataknya sebagai seorang suami yang berlaku curang menerusi drama Madu Atau Racun.Menurut Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 35, dia sedar watak Adli yang dibawakan itu mungkin mengundang pelbagai reaksi daripada penonton, namun berharap mereka dapat membezakan antara dirinya sebagai pelakon dan kehidupan peribadi. “Sebagai seorang manusia pastinya kerisauan itu ada tetapi penonton harus membezakan antara saya, Mohamad Aliff Aziz sebagai manusia sebenar dan pelakon. Aliff terbuka menerima pandangan penonton mengenai watak yang dibawa dalam drama.“Tugas sebagai seorang pelakon itu adalah untuk menjayakan sesuatu watak Adli ini tidak wujud, jadi sudah tentu dalam fikirkan saya apa yang akan diperkatakan oleh penonton nanti. “Semua ini diluar daripada kawalan saya. Saya telah diberikan peluang dan rezeki untuk menjadi watak Adli ini, itu adalah fokus utama. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aliff berharap penonton dapat menghayati naskhah berkenaan dengan hati terbuka tanpa mengaitkan watak Adli dengan kehidupan peribadinya.“Saya berdoa semoga penonton-penonton drama ini dapat hayati naskhah ini dengan hati terbuka. Lihatlah drama ini dengan nama-nama watak saja dan bukannya melibatkan kehidupan peribadi saya. ARTIKEL BERKAITAN: Digam stesen TV? Aliff Aziz akui sedih, yakin perancangan Allah lebih baikARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tolak sebab ada dia“ - Uqasha Senrose tiada masalah bergandingan, hormat rezeki Aliff Aziz“Sebagai seorang pelakon, kita tidak boleh memberitahu orang cara untuk menilai. Setiap manusia mempunyai persepsi dan pendapat yang berbeza. “Tugas saya hanya melakonkan watak yang diberi, selebihnya apa saja komen penonton saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya. Dalam masa sama, Aliff berharap penonton memberikan peluang kepada drama tersebut untuk menyaksikan keseluruhan jalan ceritanya yang sarat dengan pelbagai emosi.“Saya berharap berilah peluang untuk menghayati jalan cerita drama Madu Atau Racun ini kerana ia akan melibatkan pelbagai emosi,” katanya. Aliff membawakan watak Adli, seorang suami yang berlaku curang.Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman mula ditayangkan menerusi platform iQIYI pada Jumaat.Dalam drama berkenaan, Aliff membawakan watak Adli, suami kepada Azura lakonan Uqasha Senrose yang berlaku curang dengan Nikita lakonan Elisya Sandha sebelum menjadikan wanita tersebut sebagai isteri kedua.Sebelum ini, nama Aliff menjadi perhatian susulan beberapa kontroversi termasuk ditahan berkhalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024. Isu berkenaan turut membawa kepada keruntuhan rumah tangganya apabila dia dan penyanyi Bella Astillah sah bercerai pada 13 Jun tahun yang sama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube