suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Digam stesen TV? Aliff Aziz akui sedih, yakin perancangan Allah lebih baik

Aliff sentiasa beri yang terbaik kepada mana-mana pihak yang menawarkan peluang kepadanya.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz mengakui tidak mengetahui status sebenar sama ada dirinya diberi peluang berlakon di stesen televisyen (TV) tempatan atau sebaliknya.

Luahan itu timbul susulan desas-desus yang mengatakan kononnya dia digam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 35, berkata dia tidak berada di kedudukan untuk mengulas perkara tersebut kerana urusan pemilihan pelakon adalah hak pihak penyiar dan penerbit.

“Saya bukan bertugas di stesen televisyen (TV) tempatan. Jadi, saya sendiri tidak pasti dan tidak berani mengulas apa sebenarnya yang dibincangkan atau sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Bagi saya, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa di mana ada rezeki, di situlah saya akan memberikan yang terbaik.

Aliff ambil positif jika benar dirinya digam stesen TV tempatan.

“Katakan selepas ini ada peluang di stesen TV tempatan, saya juga akan lakukan sebaik mungkin. Bukan dalam kawalan atau kuasa saya untuk menentukan siapa yang dipilih atau tidak dipilih,” katanya kepada mStar

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun yang diadakan di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Mengulas mengenai reaksinya apabila mendengar dakwaan tersebut, Aliff mengakui berasa sedih, namun memilih untuk melihat setiap dugaan dari sudut yang positif.

“Saya akan kembali mengingatkan diri bahawa mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik. Apabila saya fikir ada yang lebih baik menanti, saya tidak terlalu tertekan.

"Walaupun ada yang berkata mereka tidak mahukan saya berada di sesuatu tempat, Alhamdulillah masih ada pihak lain yang memberikan peluang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu Nia Ramadhani pakai baju singkat, selamba tegur minta tutup bahagian tubuh terdedah

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani ambil ‘angin’ baharu, pindah Singapura demi pendidikan anak

Dalam pada itu, Aliff bersyukur masih menerima kepercayaan daripada pihak produksi dan menganggap setiap peluang yang diberikan sebagai rezeki yang perlu dihargai.

“Saya sangat bersyukur. Bukanlah saya hendak menunjuk atau berkata, ‘tengok, saya masih ada’, tidak. Rezeki itu ada di mana-mana. Jadi, apabila peluang itu datang kepada saya, saya akan menghargainya dan memberikan yang terbaik.

“Dalam banyak-banyak komen negatif, saya percaya masih ramai yang mendoakan saya, sama ada secara terbuka mahupun secara diam-diam. Saya benar-benar percaya kepada perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, ketiadaan Aliff dalam mana-mana naskhah baharu menimbulkan tanda tanya, malah ada yang mendakwa aktor kelahiran Singapura itu digam daripada muncul di saluran televisyen tempatan.

Dalam perkembangan lain, Aliff membintangi drama Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman yang bakal menemui penonton menerusi platform iQIYI mulai 14 Ogos ini.

Drama 12 episod yang memaparkan konflik rumah tangga dan penuh emosi itu turut menampilkan antaranya Uqasha Senrose, Elisya Sandha, Adlin Aman Ramlie, Liza Abdullah dan Aprena Manrose.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain