PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status dirinya ketika ini kerana tidak mahu membuka ruang kepada pelbagai spekulasi yang boleh mengundang lebih banyak perbincangan.Menurut Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 35, fokus utamanya kini adalah membina semula kerjaya seni dan menyerahkan soal peribadi termasuk jodoh sepenuhnya kepada ketentuan Allah. “Saya tidak mengiyakan atau menidakkan (status diri). Bukan apa kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu perbincangan. “Jadi saya memilih untuk tidak berkongsi. Saya memilih untuk fokus kepada cerita perjalanan kerjaya saya. Aliff bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mencari rezeki.“Selebihnya itu, tak perlulah kita ulaskan,” katanya kepada mStar. Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak pernah menutup pintu hati terhadap jodoh, namun percaya segala-galanya sudah ditentukan Allah. Malah, dia kini lebih memberi tumpuan untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.ARTIKEL BERKAITAN: Digam stesen TV? Aliff Aziz akui sedih, yakin perancangan Allah lebih baikARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz berlakon dengan Acha Septriasa, netizen tumpang gembira... “Jangan sia-siakan peluang”“Untuk kata hati saya sudah tertutup itu, segala rezeki, jodoh, ajal semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah. Saya pegang kepercayaan itu. “Biar Allah yang tentukan, insa-Allah. Cuma saya belajar kalau nak dapat pasangan baik, mestilah saya kena jadi baik. “Jadi saya kena fokus ke arah itu. Takkan saya nak menghakimi orang, saya pun ada rekod yang tak berapa baik (kontroversi) sebelum in,” ujarnya. Berkongsi perkembangan kehidupannya, Aliff bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik serta peluang untuk terus berkarya meskipun pernah melalui pelbagai episod sukar dalam hidup. Untuk kata hati saya sudah tertutup itu, segala rezeki, jodoh, ajal semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah.ALIFF AZIZPELAKON & PENYANYI“Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan tubuh badan. Masih diberi ruang dan peluang untuk berkarya. “Saya doa mudahkanlah apa aja bebanan yang ada si bahu ini atas kelemahan sendiri. Kuatkan hati untuk saya dapat maafkan diri sendiri. “Bukan saya ‘play victim’, tidak. Daripada muda sampai sekarang sekiranya saya tersilap langkah, saya akan mengaku salah,” jelasnya.Tambahnya, dia kini sedang belajar memaafkan diri sendiri dan enggan terus dibelenggu kisah silam. “Saya hanya mencari kekuatan untuk memaafkan diri kerana hidup harus diteruskan. Alhamdulillah tahun ini saya sudah berusia 35 tahun. Aliff enggan berkongsi lanjut mengenai status dirinya yang terkini.“Saya tiada masa untuk duduk hanya merenung nasib kerana waktu itu berputar. Takut nanti kalau saya tidak move on lagi, bila saya buka mata dah tak sempat nak buat apa-apa. “Jadi saya mahu jalan terus dengan harapan besar agar Allah maafkan saya. Kalau saya buat macam ini hati jadi lapang dan mudah membawa aura positif dan rezeki pun insya-Allah dipermudahkan,” katanya. Untuk rekod, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 dan rujuk semula dalam tempoh idah. Hasil perkahwinan itu, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!