suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejabat bertukar pusat ‘daycare’, staf kerap bawa anak ke tempat kerja... Siap keluar waktu rehat ambil dari rumah pengasuh!

Tindakan membawa anak ke pejabat boleh mengganggu keselesaan rakan sekerja lain. -Gambar hiasan AI

PEJABAT sepatutnya menjadi ruang untuk pekerja memberikan tumpuan terhadap tanggungjawab dan tugasan masing-masing.

Namun, sikap segelintir individu yang gemar membawa urusan peribadi ke pejabat boleh mengundang rasa kurang senang, lebih-lebih lagi melibatkan keselesaan rakan sekerja lain.

Situasi itu dibangkitkan seorang wanita yang mempersoalkan tindakan rakan sekerjanya yang didakwa kerap membawa anak ke pejabat walaupun mempunyai pengasuh.

Ruang pejabat tidak sepatutnya dijadikan pusat asuhan anak yang boleh menjejaskan operasi kerja. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, perkara tersebut bukan berlaku atas faktor kecemasan, sebaliknya disengajakan dan kerap dilakukan setiap minggu.

"Ada staf ini, dalam seminggu boleh dua ke tiga kali bawa anak datang ofis, dari pagi sampai habis waktu kerja tau.

"Mula-mula aku fikir, oh pengasuh cuti kot ataupun ada kecemasan tapi rupanya tak, pengasuh ada semua okay, dia saja nak bawa anak datang pejabat.

  • Seorang wanita mempersoalkan tindakan rakan sekerjanya yang didakwa kerap membawa anak ke pejabat walaupun mempunyai pengasuh.
  • Rakan sekerjanya itu dikatakan membawa anak ke pejabat dua hingga tiga kali seminggu, dari pagi hingga tamat waktu kerja.
  • Tindakan tersebut bukan disebabkan kecemasan atau pengasuh bercuti, sebaliknya dilakukan atas kehendaknya sendiri.
  • Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa rakan sekerjanya sanggup keluar ketika waktu rehat untuk mengambil anak di rumah pengasuh sebelum membawanya ke pejabat.

"Aku pun mak, faham je kalau sekali-sekala terpaksa bawa anak sebab kecemasan tapi kalau dah dua hingga tiga kali seminggu, itu bukan kecemasan," luahnya.

Tambahnya, dia tidak mempunyai masalah dengan kehadiran kanak-kanak di pejabat, namun berpendapat setiap pekerja perlu memahami batas antara urusan keluarga dan tanggungjawab kerja.

Namun, jika ia dilakukan terlampau kerap, dikhuatiri boleh mengganggu tumpuan pekerja lain selain menimbulkan rasa kurang selesa terhadap persekitaran kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seronok dapat pusat jagaan free!” – Ibu bapa pukul 10 malam baru nampak muka ambil anak mengaji, tergamak bayar pakcik RM10 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: 20 kanak-kanak dikurung dalam bilik sempit pusat asuhan, tangan dan kaki terikat!

"Jangan salah faham, aku tiada masalah pun dengan budak-budak tapi bagi aku, tempat kerja adalah tempat kerja. Ada had yang kita kena jaga," katanya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perbincangan hangat di laman sosial mengenai kepentingan menjaga profesionalisme di tempat kerja.

Hal itu dalam masa sama turut melibatkan pemahaman individu terhadap polisi syarikat dan memastikan urusan penjagaan anak tidak menjejaskan kelancaran operasi pejabat.

Artikel Lain