Ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak belajar membaca al-Quran melalui guru mengaji. -Gambar hiasan AI
NIAT murni seorang warga emas mengajar al-Quran kepada kanak-kanak di kawasan kejiranannya mula diambil kesempatan oleh segelintir penduduk di situ.Seorang wanita mendakwa hampir satu lorong kejiranan menghantar anak mereka ke rumah pakcik berkenaan untuk belajar mengaji tetapi hanya memberi bayaran RM10 hingga RM20 sebulan. Namun apa menyedihkan, kanak-kanak terbabit dihantar sebelum waktu Maghrib dan hanya dijemput pulang kira-kira lebih tiga jam kemudian.al-Quran merupakan kitab suci umat Islam mengandungi firman atau kalam Allah SWT. -Gambar hiasanCerita wanita ini, dia berasa kasihan dengan pakcik berkenaan terpaksa mengawasi kanak-kanak yang datang mengaji ke rumahnya dalam jumlah ramai."Mak bapak bagi budak-budak ini datang dari sebelum Maghrib dalam pukul 7 malam, pukul 10.30 malam baru balik."Seronok ya jadi mak bapak ada 'pusat penjagaan kanak-kanak' percuma setiap hari," ujarnya sinis.ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut ustaz! 2 beranak ‘dinosaur’ bikin kecoh kelas mengaji, si bapa nak pupuk minat anak 4 tahun belajar al-QuranARTIKEL BERKAITAN: Ibu nak hantar anak mengaji al-Quran, yuran RM30 dikata mahal... ingatkan bayar seikhlas hati – “Kalau senang, kenapa tak ajar sendiri?”Perkongsian itu turut mengundang kemarahan warga maya yang berpendapat bayaran diberikan tidak setimpal dengan usaha, masa, tenaga dan komitmen pakcik berkenaan mengajar hampir setiap malam.Malah ramai menyifatkan bayaran RM10 hingga RM20 tidak masuk akal selain tindakan menjadikan rumah warga emas itu sebagai 'transit' memalukan."Murahnya pakcik itu mengajar ilmu ukhrawi dekat anak-anak kita. Bermurah hati la sikit mak ayah pun. Bil elektrik dan air pakcik tu siapa nak tanggung? Sebulan RM50 pun okay.Wanita dakwa jiran bayar RM10, anak mengaji setiap hari.Bayaran RM10 sebulan, pakcik ajar mengaji setiap malam.Pakcik ajar al-Quran, bayaran rendah jadi perhatian.Wanita terkilan jiran didakwa ambil kesempatan dengan guru mengaji.Netizen minta ibu bapa lebih hargai jasa guru mengaji.Ringkasan ini dijana oleh AI"Orang zaman sekarang bab nak bayar ilmu cukup kedekut tapi bab makan sedap, bercuti sana sini tak berkira pula."Pakcik tu memang tak minta. Dia nak tambah saham akhirat tapi kita pun tambah la saham juga. Senang hidup mereka ya," komen beberapa netizen.Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang membidas pihak menggunakan alasan hidup berjiran untuk menghalalkan perbuatan mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain.