IBU bapa menjadi tempat anak-anak mendapatkan kasih sayang serta sokongan emosi namun tidak semua bertuah.Seperti wanita ini, dia masih menyimpan luka emosi terhadap layanan diterima daripada ibunya sejak kecil dan ia bertukar konflik apabila dewasa. "Saya merupakan pelajar aliran agama sampai peringkat ijazah belajar bab diniah (pengajian ilmu agama). Tapi mungkin Allah nak uji saya. Saya ada rasa terkilan dengan mak."Saya tidak mahu jadi anak derhaka. Hari-hari saya berdoa masukkan ibu dan ayah ke syurga tanpa hisab. Saya sayang mak tapi jauh di sudut hati, saya terasa.Setiap anak pastinya mengharapkan doa dan sokongan ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan AI"Saya tidak la dendam sampai membenci tapi tetap menyantuni mak. Saya balik setiap hujung minggu. Saya masak, bagi duit tapi saya tak boleh sayang mendalam pada mak," ujarnya memulakan cerita.Ceritanya, keadaan itu disebabkan dia membesar dalam keadaan dahagakan kasih sayang dan pelukan seorang ibu.Sepanjang hidup juga dia tidak pernah dipuji secara berdepan oleh ibu sebaliknya hanya mengetahui perkara itu melalui kakaknya.Cara didikan terhadap dirinya juga jauh berbeza berbanding adik-beradik lain apabila dia sering dimarahi, dipukul kerana kenakalannya sewaktu kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin anak saya ramai, serabut” - Wanita hiba ibu liat jejak rumah, senyap-senyap bertandang ke kediaman kakak"Macam-macam ayat keluar menyakitkan, saya ingat sampai sekarang. Kau balik sekadar nak tidur, makan baik tak payah balik. Belajar tahfiz tapi perangai macam tahi."Kalau boleh pilih antara mak dan ayah, saya akan pilih ayah," katanya.Ujian itu berterusan apabila hasrat berkahwin tidak mendapat restu daripada ibu kerana tidak gemar dengan pilihan calon suami.Wanita luah rasa terkilan terhadap layanan ibu sejak kecil.Luka emosi terhadap ibu buat wanita bimbang jadi anak derhaka.Wanita akui dahagakan kasih sayang seorang ibu.Hasrat berkahwin tanpa restu ibu tinggalkan trauma buat wanita.Tetap berbakti, namun wanita masih menyimpan rasa terkilan terhadap ibu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia ia beritahu perkahwinan ini bukan main-main. Semua nasihat negatif saya dapat."Mentua atau ipar jahat, suami tak bagi nafkah. Saya rasa macam dapat ugutan sampai saya menangis dekat Allah. Saya takut dan fobia."Saya tak minta banyak pun dari mak. Saya nak doa daripada dia. Apa saya bimbangkan sekarang adakah saya dikira anak derhaka?"Ya Allah, balut luka ini dengan kasih dan rahmat-Mu," luahnya dengan penuh pengharapan.