Konflik dalam rumah tangga boleh berlaku atas pelbagai faktor, termasuk kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan AI
TIADA siapa yang mendirikan rumah tangga dengan harapan mahu melihat ia berakhir dengan perpisahan. Namun bagi seorang wanita, mahligai perkahwinan yang dibina selama 12 tahun akhirnya runtuh di tengah jalan selepas suaminya kantoi menjalinkan hubungan sejenis. Kisah duka wanita tersebut dikongsikan oleh rakannya di Threads sehingga mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpanya."Saya ada seorang kawan, pernah kahwin dengan lelaki gay, saya rasa mungkin biseksual, hingga dapat empat anak. Mereka dah berkahwin selama 12 tahun," tulisnya.Islam melarang umatnya menjalinkan hubungan sejenis kerana perbuatan berkenaan berdosa besar. -Gambar hiasan AIMenurut individu yang berkongsi cerita itu, rakannya sebelum ini tidak pernah menyangka suaminya menyimpan rahsia besar sepanjang tempoh perkahwinan mereka.Namun, segala-galanya terbongkar selepas rakannya itu menjumpai perbualan yang mencurigakan antara suaminya dengan seseorang.Mengesyaki ada perkara yang cuba disembunyikan, rakannya itu meminta bantuannya untuk 'menyiasat'."Satu hari dia call saya minta tolong. Boleh tak you call this number. Saya tanya, nak cakap apa? Jawabnya, dia cuma nak tahu yang jawab panggilan tu lelaki atau perempuan. "Maka, dengan anxious dan agak menggeletar, saya cari public phone dan call number yang dia bagi. Yang menjawab? Suara lelaki, dialek seperti Indonesia. Saya pun inform kawan. Walaupun masa tu saya tak faham apa tujuan dia. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gay tak kisah nikah wanita tangkap muat! Cerai tak sampai setahun, bekas isteri masih dara tak pernah disentuh"Apabila saya beritahu, suara lelaki dengan dialek Indonesia, dia diam. Kemudian dia cuma cakap, I dah agak dah. Kemudian baru dia cerita," kongsinya.Menurut individu itu, rakannya mendedahkan dia sudah mula mengesyaki sesuatu selepas suaminya menunjukkan perubahan. "Akhir-akhir ni, suami sering balik lewat. Kadang-kadang tak balik. Dia syak suaminya ada affair, maka dalam diam dia cuba check phone suami. "Di situlah dia jumpa chat, dengan seseorang tiada nama dalam directory. Chat di whatsapp? Sangat daring. Dia tak perincikan tapi terlalu mencolok mata, dan dia dapat cam, itu bukan chat seorang perempuan," ceritanya.Dipendekkan cerita, suami rakannya mengaku menjalinkan hubungan sejenis selepas perkara itu terbongkar dan mereka sepakat untuk berpisah. "Kesemua empat anak, kawan saya jaga. Mujurlah dia memang berkerjaya baik. Lelaki gay, tolonglah jangan rosakkan hidup orang lain. You nak rosak, you rosaklah sendiri!" luahnya.Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang bercerai selepas suami jalin hubungan sejenis.Perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun dan dikurniakan empat orang anak.Kecurigaan timbul apabila suami sering pulang lewat sebelum wanita itu menemui perbualan WhatsApp yang aneh.Individu berkenaan membantu menghubungi satu nombor, sekali gus menguatkan syak wasangka rakannya sebelum suami mengaku.Selepas bercerai, wanita itu membesarkan semua anak dan kini sudah berkahwin semula.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakhiri perkongsiannya, dia bersyukur rakannya mempunyai keluarga serta sistem sokongan yang kukuh sehingga berjaya melalui episod hitam itu dengan baik.Malah katanya, rakannya kini sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan berharap perkahwinan baharunya itu berkekalan serta dipenuhi kebahagiaan.Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan, selain berpendapat kejujuran amat penting sebelum seseorang membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.Malah, ada yang berharap individu yang berdepan konflik identiti atau orientasi seksual tidak mengheret pasangan ke dalam perkahwinan hanya kerana tekanan keluarga atau masyarakat.