Lelaki mahu pun perempuan perlu menyiasat latar belakang pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
PERKAHWINAN adalah sebuah ikatan suci yang sepatutnya dibina atas landasan kejujuran, justeru setiap pasangan pastinya pastinya mahu mengenali latar belakang bakal teman hidup sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam rumah tangga.Namun, seorang lelaki berdepan dilema dan meluahkan kebimbangan yang amat sangat selepas mengesyaki bakal suami kepada sepupunya kemungkinan besar terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah berdasarkan pemerhatian matanya sendiri. Menurut lelaki itu, dia sudah menganggap sepupunya seperti adik kandung sendiri kerana mereka membesar bersama sejak kecil, sekali gus membuatkan dia tidak sanggup melihat masa depan wanita itu musnah dalam sekelip mata.Ujian saringan air kencing dapat mengesan seseorang individu mengambil dadah atau tidak. -Gambar hiasan AI"Aku nampak mamat tu, rasa tak sedap hati. Hidung sentiasa berair. Dia cakap bukan selesema. "Aku tanya sepupu aku, teman lelaki dia ada ambil bahan terlarang ke?," kongsinya meluahkan kemusykilan di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Fikiran serabut lepas tahu bakal isteri tiada dara, pernah ambil dadah... Terus rasa tak ‘seronok’ nak kahwinARTIKEL BERKAITAN: Keluarga jadi porak-peranda kerana dadah, gadis buntu cara bantu abang ketagih ‘mushroom’Bagaimanapun, tindakan murninya yang cuba menyelidik perkara tersebut mengundang rasa kurang senang sepupunya, sehinggakan dia dituduh sengaja mahu merosakkan kebahagiaan pasangan berkenaan."Sepupu aku marah dan kata aku joykiller kebahagian dia. Pakcik aku pun sebenarnya ada rasa tak sedap hati," katanya.Dalam perkongsian yang sama, lelaki tersebut turut bertanyakan pandangan sama ada orang awam mempunyai hak untuk memohon bantuan pihak polis atau Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi menjalankan ujian saringan air kencing terhadap individu yang mencurigakan."Dalam kes macam ni, boleh ke nak suruh buat ujian urin terhadap teman lelaki sepupu aku? Atau air kencing ni dikira data peribadi jadi tak boleh sesuka hati minta buat?"Aku harap diwajibkan buat saringan air kencing macam ujian HIV dan talasemia untuk pasangan nak berkahwin."Dah tahu bakal pasangan tu ambil bahan terlarang boleh angkat kaki awal-awal," katanya.Lelaki syak bakal suami sepupunya terbabit penyalahgunaan dadah.Dia bertanya sama ada orang awam boleh memohon ujian urin.Lelaki itu mahu saringan dadah diwajibkan sebelum berkahwin.Perkongsiannya mencetuskan pelbagai reaksi netizen.Netizen sarankan bakal pengantin menjalani ujian air kencing.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mencadangkan lelaki tersebut mencari jalan untuk memastikan teman lelaki sepupunya membuat ujian saringan air kencing."Lebih baik sedarkan sepupu awak sebelum terlambat. Biar dia menangis sekarang daripada kemudian hari. "Suruh bapa kepada sepupu awak minta MyKad lelaki tu dan pergi semak di balai. Boleh juga minta lelaki tu buat urin dengan alasan kalau nak kahwin," cadangan warga maya.