PERJALANAN menuju alam perkahwinan bermula dengan satu langkah penting iaitu memilih pasangan yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman hidup.Menurut seorang pemuda, dia kini berada dalam keadaan dilema untuk mendirikan rumah tangga selepas mengetahui kisah silam bakal isterinya. "Selepas dapat tahu bakal isteri aku pernah buat hubungan seks dan ambil dadah sebelum ni, hati terus rasa tak berapa tenang.Setiap lelaki pastinya mengimpikan wanita yang baik untuk dijadikan sebagai isteri. -Gambar hiasan AI"Padahal aku dah cuba untuk tak nak kenang kisah lalu dia. Dia baik sangat sekarang, terutamanya selepas dia balik daripada umrah."Tapi kenapa aku ada perasaan macam ni? Aku berusia 27 tahun sekarang, si dia pula umur 26," kongsi lelaki itu di platform X.Di ruangan komen, ramai netizen yang memberikan pendapat serta saranan mereka terhadap pemuda itu.Seorang lelaki dilema untuk meneruskan rancangan perkahwinannya.Dia mendakwa bakal isterinya sudah tiada dara dan pernah mengambil dadah.Kata lelaki itu, bakal isterinya sudah berubah dan semakin baik selepas umrah.Netizen minta lelaki itu fikir baik-baik sebelum buat keputusan untuk berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AIKata netizen, pemuda itu berhak mencari pasangan yang baik sekiranya dia sendiri tidak pernah terlibat dengan perbuatan zina."Ikutlah kata hati, fikir dengan betul. Kamu boleh terima ke sejarah dia? Kamu pun ada hak untuk memilih."Kamu sendiri pernah berzina tak? Kalau tak pernah dan tak kuat mental untuk terima, jangan kahwin.ARTIKEL BERKAITAN: Awalnya tak kisah bakal isteri tiada dara, pemuda ubah fikiran selepas merisik! Batal nikah keluarga minta hantaran 10KARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang dara sebab zina disaran tutup aib, tak perlu cerita kepada bakal suami... Kaum Adam tak setuju, minta jujur kongsi kisah silam"Carilah orang lain. Bunga bukan sekuntum. Kenapa nak pilih yang sudah disentuh?" tulis beberapa netizen.Netizen turut memberi saranan kepada pemuda itu untuk melakukan solat istikharah bagi mendapatkan kepastian tentang pilihannya.Sebagai peringatan, perbuatan zina merupakan satu dosa yang dilarang dalam agama Islam.