suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majikan Kelantan gila ‘live’ TikTok, paksa kerani akaun jadi ‘host’ jual barang - “Jiwa introvert ku menangis”

Setiap kakitangan di sesebuah syarikat tidak sepatutnya dibebani dengan tugasan luar skop kerja mereka. -Gambar hiasan AI

DALAM era ledakan digital hari ini, akaun media sosial dilihat seperti satu kewajipan buat setiap syarikat, organisasi dan jenama perniagaan untuk kekal relevan.

Namun yang menjadi masalah, terdapat segelintir majikan memaksa para pekerja untuk menguruskan media sosial walaupun ia bukan skop tugasan mereka.

Menurut seorang gadis, dia berdepan situasi sama walaupun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di negeri Kelantan.

Tak semua individu memiliki keyakinan untuk bersiaran langsung di TikTok. -Gambar hiasan AI

"Kerja di Kelantan ni memang tak boleh lari daripada buat live TikTok ke? Kerani pun kena buat live TikTok. Jadi kerani akaun tapi kena buat TikTok live.

"Dah la gaji basic RM1,500. Kalau boleh, mereka nak bagi gaji RM1,000 je, tapi skop kerja macam gaji RM10,000.

"Kita minta kerja yang tak tugasnya tak perlu berurusan dengan orang ramai. Eh... tiba-tiba skop kerja kena buat live berniaga barang. Jiwa introvert ku menangis," ujarnya.

  • Wanita kongsi realiti perit bekerja di negeri Kelantan.
  • Dia bekerja sebagai kerani dengan gaji RM1,500.
  • Dia kesal kerana dipaksa membuat siaran langsung TikTok.
  • Gadis itu mendakwa dipaksa berniaga barang melalui TikTok.

Luahan gadis itu tular selepas ia dikongsi menerusi hantaran di aplikasi Threads pada Rabu.

Di ruangan komen, beberapa lagi individu mendakwa mereka turut berdepan situasi sama di negeri itu.

"Tauke-tauke di Kelantan ni kedekut bayar gaji dan masih ramai majikan tak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

"Majikan 'tergila' di Malaysia dimenangi oleh majikan Kelantan. Gaji murah tapi kena kerja macam haiwan. Majikan tukar kereta setiap tahun.

"Majikan tindas pekerja. Lepas tu bangga cakap orang Kelantan kaya. Padahal yang kaya segelintir je," tulis beberapa individu.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia