suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Achey tersentuh hati lihat gelagat Tiara tak sabar tunggu adik... “Hari-hari tegur dalam perut mama”

Anne kongsi momen Tiara mengusap perutnya.

ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat gelagat anak angkat mereka, Tiara Zinnirah yang tidak sabar menantikan kehadiran adiknya.

Nor Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkata, Tiara sering menegur bayi dalam kandungannya selain tidak pernah lupa  mendoakan kesejahteraan bayi dalam kandungannya itu.

"Anak mama, Tiara Zinnirah. Rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Tiara sentiasa menantikan kehadiran adik dalam hidupanya.

Dalam perkongsian berkenaan, Anne turut memuat naik video memaparkan Tiara dilihat berselawat sambil mengusap perutnya.

Menurut Anne, gelagat anaknya itu cukup menghiburkan hati selain membuatkan dia kagum melihat kasih sayang Tiara terhadap adik yang masih belum dilahirkan.

Dia juga berharap hubungan kedua-dua anaknya itu akan sentiasa erat serta saling menyayangi antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 15 tahun menanti, isteri Achey akhirnya hamil... Syukur IVF kali kedua berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Achey mula rawatan IVF kali kedua, Tiara terlalu berharap dapat adik... “Mama takut kecewakan kakak”

"Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak walaupun adik masih belum lahir ke dunia.

"Sayang, semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain," kongsinya.

Sebelum ini, Achey dan Anne berkongsi berita gembira apabila rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kali kedua yang dijalani mereka berjaya.

Tiara sangat teruja nantikan kelahiran adiknya.

Pasangan itu dijangka bakal menimang cahaya mata pada Hari Raya Aidiladha tahun depan.

Pada Disember 2022, Achey pernah memaklumkan isterinya menjalani rawatan IVF sebagai usaha mendapatkan zuriat, namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka ketika itu.

Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mengambil Tiara sebagai anak angkat sejak 2018.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain