PELAWAK Amir Raja Lawak dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Menerusi satu perkongsian dipercayai dimuat naik oleh adiknya di Instagram Amir sendiri, pelawak itu dikatakan kini dalam keadaan sedar namun masih berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan. "Masih dekat sini hari ke-11. Amir sedar, cuma tak boleh bercakap betul-betul. Nafas masih tercungap-cungap," katanya.Adik Amir berkongsi perkembangan abangnya. Dalam hantaran tersebut turut kelihatan bekas makanan tertulis nama Amir serta jenis diet yang disediakan oleh hospital.Menurut adiknya lagi, doktor menasihatkan Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, supaya mendapatkan rehat yang cukup dan tidak dibenarkan menggunakan telefon."Telefon abang Amir saya yang pegang. Dekat ICU tak boleh pegang telefon sebab doktor nak suruh pesakit rehat cukup," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Amir Raja Lawak bukan ditidurkan, hanya bergantung alat bantuan pernafasan” - Isteri ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak bimbang jualan ayam goreng, masih sakit untuk promosi bisnesSebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, isteri Amir iaitu Nur Syafinaz Intan memaklumkan suaminya masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan susulan masalah kesihatan yang dialami.Syafinaz juga tampil membetulkan salah faham selepas tular kisah kononnya pelawak itu ditidurkan di ICU.TONTON VIDEO PILIHAN!