suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Amir Raja Lawak bukan ditidurkan, hanya bergantung alat bantuan pernafasan” - Isteri

Amir bergantung kepada alat bantuan penafasan.

ISTERI kepada pelawak Amir Raja Lawak iaitu Nur Intan Syafinaz memaklumkan suaminya kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan.

Tampil membetulkan salah faham mengenai keadaan terkini suaminya itu, Intan memberitahu Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, bagaimanapun tidak ditidurkan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya, Amir kini hanya perlu berehat dan tidak dapat bercakap seperti biasa kerana masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Intan (kanan) berkongsi keadaan terkini Amir di hospital.

"Sekarang Amir tengah berehat, jadi dia tak boleh bercakap sangat.

"Dia bukan ditidurkan, cuma bergantung kepada alat bantuan pernafasan buat masa ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, rakan pelawak berkenaan iaitu Lando Zawawi memaklumkan Amir telah ditidurkan di ICU selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak ditidurkan di ICU, Lando Zawawi kongsi perkembangan terkini sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Amir Raja Lawak membimbangkan, bakal dimasukkan ke ICU... Lando mohon doa orang ramai

Lando berkata, dia menerima kiriman foto yang memaparkan keadaan Amir ketika sedang menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, tahap kesihatan pelawak itu mula merosot sejak beberapa hari lalu, selain mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

Terdahulu, Lando turut memaklumkan Amir sedang menunggu giliran untuk mendapatkan katil di ICU bagi menjalani rawatan susulan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Artikel Lain