suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesihatan Amir Raja Lawak membimbangkan, bakal dimasukkan ke ICU... Lando mohon doa orang ramai

Amir dilapor bakal dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

PELAWAK Amir Raja Lawak dilaporkan bakal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Perkembangan mengenai kesihatan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37 itu dikongsikan oleh rakan pelakon, Lando Zawawi menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Selasa. 

Menerusi hantaran tersebut, Lando memohon jasa baik orang ramai serta kenalan yang mengenali pelawak itu untuk mendoakan agar urusan rawatan dipermudahkan dan segera diberikan kesembuhan.

Hantaran Lando di Threads. 

"Saya baru saja mendapat keizinan dari ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita Mohammad Amirullah bin Azmi untuk sama-sama mendoakan agar dia segera pulih dan kembali sihat.

"Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya,” kongsinya.

Mengulas mengenai keadaan Amir, Lando memberitahu pelawak itu berdepan komplikasi jangkitan paru-paru selain mempunyai penyakit asma sejak kecil lagi. 

"Maaf tak sanggup cakap, tapi secara dasarnya dia kena jangkitan paru-paru. Asma memang dari kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak tak malu jual kotak, besi buruk... Tegur individu terlalu berharap sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak kena 'scam', pengarah lesap lepas janji berlakon... siap menipu penggambaran tangguh sebab terkena penyakit kayap

"Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Lando turut menitipkan pesanan kepada mana-mana pihak yang masih mempunyai urusan hutang tertunggak agar dapat menyelesaikannya dengan kadar segera. 

"Dan sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia, eloklah selesaikan atau mohon maaf pada doa," katanya.

Artikel Lain