suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pening kepala nak sebut ‘Dhalyela’, berbelit lidah! Wanita rimas ibu bapa zaman sekarang guna ChatGPT cari ilham nama anak

Kadangkala trend baru dalam pemilihan nama anak lebih membawa keburukan berbanding kebaikan. -Gambar hiasan AI

KETERUJAAN ibu bapa memilih nama anak yang dianggap unik dan mengikut peredaran zaman kadangkala mengundang rasa kurang senang masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ejaannya terlalu rumit untuk disebut.

Malah, kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mencetuskan trend baharu apabila ada bakal ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti ChatGPT semata-mata untuk mencari ilham nama cahaya mata mereka.

Trend itu menarik perhatian seorang wanita yang meluahkan rasa rimas terhadap sikap segelintir ibu bapa masa kini yang gemar memilih nama terlalu pelik untuk anak-anak mereka.

Ada pasangan ibu bapa yang merujuk kepada aplikasi AI untuk mencari nama anak. -Gambar hiasan AI

"Tiada siapa yang lebih bencikan ibu bapa zaman sekarang selain saya apabila melibatkan soal nama anak ini.

"Awak letak nama anak dengan ejaan pelik, lepas itu merentan apabila orang tersalah sebut? Awak sahaja yang rasa nama anak itu senang disebut.

"Cuba letak nama Siti, Nurul, Amirul atau Hamid, tiada siapa pun yang akan terkial-kial hendak menyebutnya. Ini kalau boleh semua huruf vokal 'a' dan 'e' hendak disumbat dalam satu nama," luahnya lagi.

Menurut wanita itu lagi, tindakan meletakkan ejaan nama yang terlalu 'luar biasa' dan sarat dengan gabungan huruf vokal hanya menyukarkan orang sekeliling untuk menyebutnya dengan betul.

Tambahnya lagi, golongan ibu bapa juga tidak sepatutnya mudah melatah sekiranya orang ramai tersalah menyebut nama anak mereka yang dieja secara berbelit-belit.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC simpan nama untuk bakal zuriat, tiba-tiba abang letak untuk anak sendiri - “Tak rasa aku masih ada peluang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar campur tangan soal nama anak, wanita terkilan suami ikut sahaja cakap kakak - “Kita yang mengandung 9 bulan”

"Maaf, topik ini selalu menjadi isu. Cuma rengsek (rimas) apabila masih ada ibu bapa yang asyik mengadu apabila orang lain salah menyebut nama anak mereka.

"Ada juga yang sibuk menunjuk-nunjuk nama bakal anak yang dicari menerusi ChatGPT. Apa kena dengan nama 'Xavier'?" soalnya.

  • Segelintir bakal ibu bapa kini menggunakan aplikasi ChatGPT untuk mencari ilham nama anak yang unik.
  • Seorang wanita meluahkan rasa rimas terhadap ibu bapa yang cepat naik angin apabila orang tersalah menyebut nama anak mereka.
  • Penggunaan gabungan huruf vokal yang berlebihan menjadi punca utama sesuatu nama sukar disebut.
  • Ibu bapa disarankan memilih nama yang lebih mudah disebut.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman berdepan ejaan nama pelik seperti 'Aamieyr', 'Fatieeyma' dan 'Dhalyela'.

Hantaran wanita berkenaan turut tular dengan beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman mereka berhubung isu tersebut.

"Kalau Amir jadi Ameer tu okay lagi. Ini eja Amir jadi Aamieyr. Fatima jadi Fateema pun acceptable. Ini sampai eja Fatieeyma tak tau apa motifnya.

"Ada sekali hari tu, ada pt (pesakit) nama ‘Dhalyela’. saya panggil as it spells, dhal-yela. rupanya 'Dalila'," kongsi seorang lagi pengguna.

Artikel Lain