MALAYSIA sememangnya menjadi 'lubuk rezeki' bagi warga asing yang mahu bekerja demi membantu keluarga di negara asal mereka.Bagi yang bekerja sebagai pembantu rumah misalnya, mereka boleh menyimpan duit gaji kerana penginapan dan makanan sudah disediakan oleh majikan. Menurut seorang wanita, bekas pembantu rumahnya berjaya mengumpul sejumlah wang yang banyak sepanjang perkhidmatannya sebelum pulang sebagai 'orang kaya baharu' ke negara asal.Ramai warga Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. -Gambar hiasan AI"Bekas pembantu rumah hantar gambar dekat WhatsApp, dia tunjuk rumah baharu dekat kampung. Tujuh tahun dia kumpul rezeki di Malaysia dengan gaji bersih RM2,000 sebulan."Hasilnya, sebuah rumah yang sangat besar dan indah di Indonesia. Siap tiru rekaan rumah saya lagi. Memang kerja keras dia akhirnya terbayar."Dia juga dapat buka sebuah kedai runcit. Tumpang gembira tengok rezeki dia. Bukti nyata yang rajin, jujur dan amanah dalam berkhidmat tu kunci keberkatan rezeki," tulisnya.Wanita kongsi cerita tentang pembantu rumahnya yang sudah pulang ke Indonesia.Dia berkata pembantu rumahnya itu menabung dengan duit gaji selama tujuh tahun bekerja.Pembantu rumahnya kini berjaya membina sebuah rumah banglo dan membuka kedai runcit.Dia juga tumpang bangga melihat kejayaan yang diraih pembantu rumahnya itu.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu berkongsi kisah berkenaan menerusi aplikasi Threads.Malah, ramai netizen yang turut tumpang gembira membaca perkongsian kisah berkenaan."Sama macam bibik saya. Kerja tujuh tahun, dia buat rumah, beli tanah sawah dan buka kedai runcit.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Babysitter’ rasa tak berbaloi dibayar RM100 sehari jaga anak klien pergi haji, penat mental dilayan macam orang gajiARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bagi orang gaji guna Wifi rumah, suruh pakai data... Pekerja lain gaji RM1,500 semua keperluan kena bayar sendiri"Saya pernah ada dua orang pekerja dari Madura. Mereka balik sana, boleh buat banglo yang ada lima ke enam bilik. Tumpang bersyukur tengok mereka," tulis netizen.Beberapa warga Indonesia turut muncul di ruangan komen dan menzahirkan ucapan terima kasih mereka atas kebaikan rakyat Malaysia."Terima kasih menerima saudara kami dengan baik, sebab tak semua pekerja kami bernasib baik. Ada yang balik sebagai jenazah saja."Terima kasih buat semua jiran yang menerima dan melayan rakyat kami dengan baik. Salam cinta dari Indonesia," tulis beberapa individu lagi.