suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tukang beranak tak dapat ke?” - Wanita persoal tradisi selit duit untuk bayi, anggap ibu lebih layak dapat

Menyelitkan wang ketika menziarahi bayi baru lahir adalah tanda sedekah dan meraikan kehadiran ahli keluarga baharu. -Gambar hiasan AI

WAKTU melawat bayi baru lahir lazimnya menjadi detik indah untuk berkongsi kegembiraan dan menyampaikan tanda ingatan buat ibu bapa serta si kecil.

Bagi segelintir masyarakat, amalan menyelitkan wang ketika melawat bayi sudah menjadi kebiasaan sebagai sedekah atau pemberian buat si kecil itu.

Namun lain pula pandangan yang diutarakan seorang wanita ini apabila berpendapat tetamu sepatutnya menghulurkan wang kepada si ibu yang berpenat lelah melahirkan zuriat.

"Kenapa kalau datang melawat baby, orang selit duit lepas tu cakap... untuk baby ya.

"Yang tukang beranak ni tak dapat ke? Yang penat kita, yang kerjanya tidur je pula dapat habuan," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap wanita. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, dia bukan berniat mempertikaikan sedekah kepada bayi, sebaliknya lebih selesa jika duit tersebut diberikan terus kepada ibu.

Dia berpandangan sekiranya wang berkenaan diserahkan kepada ibu, ia sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membeli pelbagai keperluan si kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bingung pegang duit sedekah RM16,000 lepas ibu meninggal, risau tersalah guna - "Buat kepok di kubur arwah"

ARTIKEL BERKAITAN: “Daripada buang, baik bagi orang” - Minta iPhone tak dapat, adik tergamak ’sedekah’ telefon pemberian kakak kepada kawan

"Tanya sebab kalau bagi kita, boleh beli barang baby. Tapi kalau bagi baby, saya dengar ada orang cakap dosa guna duit anak tu walaupun nak beli barang baby tu sendiri," ujarnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

  • Seorang wanita mempersoalkan amalan tetamu memberikan wang kepada bayi ketika berkunjung selepas kelahiran anak.
  • Dia berpendapat wang tersebut lebih wajar diberikan kepada ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.
  • Menurutnya, wang yang diterima ibu boleh digunakan untuk membeli pelbagai keperluan bayi.
  • Ada netizen bersetuju dengan pandangannya, namun ada juga yang berpendapat wang tersebut merupakan rezeki anak.

Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat pemberian seumpama itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban lebih-lebih lagi jika si ibu tidak bekerja.

Namun, ramai juga yang menegaskan pemberian untuk bayi adalah simbol meraikan kehadiran ahli baharu dalam keluarga.

"Mintalah dekat suami... mengandung anak dia kan?

"Kenapa orang cemburu dengan rezeki anak? Dulu ada isu bagi hadiah baby je, kerumun baby je tak peduli pun mak. Ini isu begini pula.

"Itu kan rezeki anak... meraikan orang baru," komen netizen.

Artikel Lain