Ada individu sanggup mengetepikan kepentingan sendiri semata-mata mahu menggembirakan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI
MENJADI anak sulung sememangnya tidak mudah, apatah lagi apabila menggalas harapan ibu bapa untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga ketika dilanda kesusahan.Malah, ada yang sanggup mengetepikan kepentingan sendiri asalkan keperluan adik-adik dapat dipenuhi walaupun terpaksa membanting tulang melakukan pelbagai pekerjaan. Namun, alangkah pedihnya perasaan apabila pengorbanan yang dicurahkan langsung tidak dihargai, sebagaimana situasi duka yang dikongsikan oleh seorang wanita di platform Threads.Ada segelintir anak muda sanggup melakukan pelbagai pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan. -Gambar hiasan AI"Aku bukan orang kaya, aku baru grad dan baru dapat kerja gaji basic RM1,700. Kebetulan adik aku minta iPhone untuk hari jadi dia tahun ni tapi aku tak mampu belikan, jadi aku belikan dia jenama lain," tulisnya.Apa yang mengecewakan, adik lelakinya yang berusia 18 tahun itu bukan sahaja tidak sudi menerima pemberiannya, malah tergamak memberikan telefon bimbit tersebut kepada seorang rakan."Semalam adik aku bagi phone tu dekat kawan dia. Dia cakap... daripada buang baik bagi kawan adik.ARTIKEL BERKAITAN: Dah kahwin tapi masih ‘mencekik’ duit orang tua, adik geram abang anggap mak ayah mesin ATM... Dapat RM1k sebulan pun tak bersyukur!ARTIKEL BERKAITAN: Ikhlas beri adik guna kereta dah habis bayar, ipar ‘melebih’ minta terus tukar nama"Aku rasa kecil hati sebab bukan senang aku nak tanggung biaya bulanan adik aku apa semua," kongsinya.Wanita itu turut mendedahkan bahawa adik lelakinya bakal menyambung pengajian dan dia perlu menyediakan sebanyak RM750 bagi menampung yuran pengajian.Dalam masa sama, dia mengakui berdepan tekanan kewangan kerana sedang membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga."Aku burn out sangat sebab kahwin nak pakai banyak duit. Aku dah start jual baju-baju aku dan barangan lain, aku harap dapat tampung biaya semua," luahnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.Seorang wanita sanggup ketepikan kepentingan diri demi membelikan adiknya 'handphone' sempena hari jadi.Adik lelakinya meminta iPhone namun dia membelikan jenama lain kerana tak mampu.Adiknya tergamak memberikan 'handphone' berkenaan kepada seorang rakan.Tindakan tersebut membuatkannya kecil hati kerana pengorbanan tak dihargai.Netizen menyarankan supaya dia utamakan keperluan sendiri terlebih dahulu.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa yang sama, mereka menyarankan supaya dia mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu dan tidak terlalu memanjakan adik-adik agar mereka lebih berdikari."Adik tak kenang budi, tak reti bersyukur. kalau adik aku ni memang lunyai aku kerjakan. Kau suruh dia minta balik phone tu."Biar je adik tu, mengada nak iPhone. Selagi boleh guna untuk WhatsApp kelas tak ada hal la."Lepas ni tolong jangan beritahu sesiapa pasal gaji awak," demikian antara komen netizen.