suria

Ikhlas beri adik guna kereta dah habis bayar, ipar ‘melebih’ minta terus tukar nama

Perbincangan yang jelas mengenai harta hak milik seseorang seperti kenderaan dapat mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan AI

KITA sememangnya dituntut untuk membantu ahli keluarga yang berada dalam kesusahan, sama ada dari segi kewangan atau bentuk sokongan lain.

Namun adakalanya niat baik untuk meringankan beban mereka seolah-olah diambil kesempatan hingga akhirnya menimbulkan konflik, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh individu ini.  

"Saya ada bagi adik kereta, dah habis bayar, memandangkan dia tak ada kereta yang sesuai untuk jalan jauh. 

"Saya pun bagilah kereta saya sebab saya beli kereta lain... tak perlu bayar, memang dah habis bayar," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Threads.

Penukaran penama kereta biasanya dilakukan apabila pemilik mahu memindahkan hak milik kepada ahli keluarga atau individu lain secara rasmi. -Gambar hiasan AI

Namun, konflik mula timbul apabila isteri adiknya meminta agar nama pemilikan kereta tersebut ditukar kepada namanya.

"Sekarang wife dia suruh tukar nama kereta tu kepada nama wife tu, tapi saya tak nak tukar nama. Itu adalah kereta pertama saya," terangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

Tambahnya, dia kini dalam dilema antara mahu mempertahankan hak miliknya dengan rasa kasihan terhadap adik sendiri.

"Adik saya terlalu soft, dia sayang wife dia sangat jadi dia ikut je.

"Kalau saya tukar nama adik saya, nanti adik ikut cakap wife tu, so tukar nama wife pula.

"Apa perlu buat? Nak cakap macam mana ya tanpa mengguris hati adik saya," tulisnya lagi sambil meminta pandangan warga maya. 

  • Seorang individu dilema selepas memberi kereta miliknya kepada adik.

  • Konflik timbul apabila isteri adik meminta nama kereta ditukar kepadanya, namun dia enggan kerana itu kereta pertamanya.

  • Individu itu bimbang kerana adiknya terlalu menurut kehendak isteri.

  • Dia dilema antara nak jaga hati adik dan masa yang sama mempertahankan hak miliknya.

  • Netizen menyarankan dia bertegas supaya tidak diambil kesempatan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan agar dia dan adiknya berbincang secara baik dan dalam masa yang sama tegas mempertahankan pendiriannya. 

Tidak kurang juga ada yang mengecam adik iparnya yang bersifat tidak bersyukur dan seolah-olah sengaja mengambil kesempatan.

Sebahagian komen netizen.

"Eh dah bagi betis nak paha. Tak sedar diri betul adik ipar awak.

"Awak kakak. Awak ada suara pada adik. Adik nak tak nak, kena hormati suara awak. Dia terima atau tidak, bukan masalah awak.

"Suruh dia beli kereta tu bayar penuh. Senang-senang nak kereta free. Muka tembok adik ipar awak," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain