suria

Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

Memasak setiap hari adalah satu tugasan yang memenatkan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa terbeban selepas si suami membenarkan adiknya untuk tinggal sebumbung di rumah mereka.

Menerusi luahan di media sosial, pengadu berkata dia seakan-akan hilang semangat untuk memasak untuk suami sendiri sejak iparnya menumpang di rumah mereka.

Lebih menyakitkan hati, adik iparnya itu didakwa tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri dalam soal makanan.

Suri rumah mudah rasa tertekan jika terpaksa menguruskan rumah tangga sendirian. -Gambar hiasan

"Saya sakit hati sebab nampak bekas makanan dekat bilik adik ipar. Sikit pun tak peduli untuk orang lain dekat rumah ni.

"Saya ni kalau malas masak pun, apabila tapau makan atau air... saya beli sekali untuk dia. Sedap betul hidup dia.

"Dia masak apabila suami saya suruh je. Tu pun kadang-kadang. Doakan la supaya dia pindah dari rumah kami suami isteri," ceritanya mengenai adik ipar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukarela jaga mentua sampai habis hayat, wanita dibuang ipar duai selepas jatuh sakit... Suami pula gantung tak bertali

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar duai ‘hamak’ naik Toyota Alphard, siap marah guna ‘car seat’ bayi... Wanita sakit hati kena pangku anak kecil 7 jam!

Menurut wanita itu lagi, dia memilih untuk memendam rasa daripada menceritakan perkara ini kepada ahli keluarganya sendiri.

Dia faham semestinya luahan mengenai masalah dalam rumah tangga itu bakal menimbulkan persepsi buruk terhadap keluarga mentuanya.

  • Seorang wanita terbeban kerana tinggal serumah dengan adik ipar perempuan.
  • Dia dakwa iparnya tidak pernah berkongsi makanan walaupun membeli untuk dirinya sendiri.
  • Wanita itu mengaku tetap membeli makanan untuk iparnya setiap kali dia membeli dari luar.
  • Katanya, iparnya hanya memasak apabila disuruh suami dan itu pun jarang-jarang.
  • Netizen menasihati wanita tersebut supaya berlapang dada dan anggap seperti memasak untuk adik sendiri.

"Post saya ni nampak sangat saya ni ipar yang toksik. Tapi dekat sini je saya boleh meluah. Kalau saya luah dekat suami, boleh buat gaduh.

"Kalau saya luah dekat keluarga macam tak elok pula nanti mereka ada tanggapan buruk dekat famili suami saya," jelasnya.

Meninjau ruangan komen, ada netizen yang tampil berkongsi pengalaman hampir sama sebagaimana diceritakannya.

Komen netizen di media sosial.

Individu tersebut menasihati wanita itu supaya mengubah sudut pandang agar tidak terus terbeban dengan situasi tersebut.

"Dulu-dulu pun saya rasa macam ni, lagi la apabila adik ipar saya semua lelaki. Tapi positif je sekarang. Anggap sajalah masak untuk adik sendiri.

"Masak untuk adik sendiri tak bunyi, takkan untuk adik ipar nak bunyi pula kan? Jadi adil je la. Masak untuk sekali jalan je, selesai," jelas netizen tersebut.

Artikel Lain