suria

Pemuda pesan jangan salah pilih wanita pengotor jadi isteri, takut rumah tak bersih!

Kebersihan di rumah adalah tanggung jawab seluruh anggota keluarga. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan pandangannya mengenai kepentingan memiliki pasangan yang rajin dan pembersih dalam rumah tangga.

Menurutnya, kebersihan rumah banyak dipengaruhi oleh sikap isteri berbanding suami.

Justeru itu, dia mencadangkan agar lelaki mencari wanita yang pembersih sebagai calon isteri.

Rumah yang bersih menunjukkan keperibadian penghuninya. -Gambar hiasanRumah yang bersih menunjukkan keperibadian penghuninya. -Gambar hiasan

"Suami pengotor tapi isteri pembersih akan jadikan rumah bersih.

"Suami pembersih namun isteri pengotor, rumah akan jadi kotor,” katanya di media sosial.

Dia menegaskan, isteri yang pembersih bukan sahaja akan memastikan rumah terjaga, malah akan melahirkan anak-anak yang tahu menjaga kebersihan sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang! Wanita anggap tetamunya tiada adab, tak hormat ‘owner’

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk mata memandang... Suri rumah kongsi ‘trick’ jaga dapur agar bersih dan kemas, tak perlu deco sarat setiap sudut

“Kalau tak percaya, cuba tengok rumah ibu bapa perempuan yang pengotor. 80 peratus pasti mak dia pun lebih kurang sama," katanya membuat andaian.

Tambahnya, sikap pengotor seorang lelaki tidak begitu membawa kesan berbanding wanita kerana ia boleh berlarutan hingga ke anak cucu.

  • Seorang lelaki berpendapat rumah bersih bergantung kepada sikap isteri, bukan suami.
  • Katanya isteri pembersih bukan sahaja jaga rumah malah melahirkan anak yang tahu menjaga kebersihan.
  • Lelaki itu simpulkan tahap pengotor wanita lebih memberi kesan berbanding lelaki.
  • Dia turut menyindir wanita yang enggan mengemas apabila ditegur, anggap suami macam majikan.
  • Perkongsian itu cetus pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada yang menolak pandangannya.

“Kalau awak pembersih, awak tak akan senang dengan rumah kotor. Jadi ketegasan itulah suami biasanya akan ikut sebab hakikatnya, lelaki lebih rela buat daripada dengar bini bising,” katanya.

Di platform sama dia turut menyindir sikap sesetengah wanita yang mudah melenting apabila disuruh mengemas.

“Apabila ditegur, ada pula yang jawab... ingat kita ni bibik ke? Kalau perempuan boleh bertolak ansur dengan keadaan kotor, itu tanda awak sendiri tak cukup pembersih,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang bersetuju dan ada juga menghentam kenyataan lelaki tersebut.

"Tak setuju, kenapa suami pembersih rumah jadi kotor? Tak masuk akal. Suami kalau betul pembersih dia akan kemaskan.

"Ya betul, kalau isteri pembersih, rumah sangat kemas dan bersih.

"Biasanya kalau pengotor ni perangai lain pun hauk. Jenis pengotor ni nak kesan dia paling mudah tengok kereta, tengok kuku," katanya.

Artikel Lain