suria

Graduan ijazah perubatan buntu ibu suruh cari pasangan sekufu, ‘reject’ kekasih tiada SPM - “Dia tak ada harta kecuali motosikal”

Pasangan sekufu penting kerana ia menjamin keharmonian rumah tangga -Gambar hiasan

SEORANG wanita runsing apabila ibunya meminta supaya dia mencari pasangan sekufu, selepas mengetahui teman lelakinya tidak memiliki pendidikan tinggi.

Keadaan itu membuatkan dia dalam dilema sama ada mahu terus mempertahankan cinta dengan pasangan yang bekerja di sebuah kilang atau akur dengan nasihat keluarga.

Jelas wanita itu, dia memiliki ijazah dalam bidang perubatan manakala pasangannya pula tidak sempat menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiap individu pastinya mahukan yang terbaik dalam hubungan. -Gambar hiasan

"Saya ada ijazah dalam bidang perubatan. Teman lelaki saya pula SPM pun tak ada sebab masalah famili yang buatkan dia kena kerja sejak umur 15 tahun.

"Sekarang kekasih saya kerja kilang biasa je. Dekat media sosial ni ada tak orang pernah berada dalam situasi macam ni. Famili saya persoalkan kenapa tak cari yang berpendidikan juga," ujarnya.

Menurutnya, terdetik dalam hatinya rasa gusar memikirkan masa depan kerana peluang untuk pasangannya meningkatkan taraf hidup agak terbatas.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat kilang’ kini dah jadi cikgu! ‘Buang’ tunang pernah berkorban gadai emas, buat OT 80 jam - “Dia hina kata aku tak sekufu”

ARTIKEL BERKAITAN: SPM 9A tapi jadi suri rumah! Lepas 3 tahun nikah baru sedar penting pasangan sekufu, suami ego tak bagi kerja

Walaupun masih muda dan baru menamatkan pengajian, wanita ini akui dia turut ragu-ragu untuk meneruskan hubungan berkenaan.

"Kalau saya fikir masa depan, peluang pasangan saya nak naik gaji tu susah. Kalau tak teruskan, dikatakan tak sanggup susah senang sama-sama.

"Pasangan saya tak ada harta kecuali motosikal tapi saya tak kisah asalkan dia rajin bekerja. Saya pernah suarakan dekat mak tapi dia suruh cari yang sekufu.

  • Wanita runsing ibunya mahu dia cari pasangan sekufu.
  • Dia ada ijazah perubatan, teman lelaki pula gagal tamat pelajaran hingga peringkat SPM.
  • Wanita bimbang masa depan dan taraf hidup bersama suami tersebut.
  • Lelaki itu hanya ada motosikal sebagai kenderaan tetapi rajin bekerja.
  • Netizen cadang lelaki itu ambil semula SPM sebagai usaha untuk masa depan bersama.

"Mungkin saya masih muda, baru habis ijazah. Jadi saya rasa okey je untuk susah senang. Tapi ada juga rasa ragu boleh ke survive kemudian hari dengan ekonomi sekarang," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat agar wanita itu membuat keputusan dengan lebih bijak sebelum  meneruskan hubungan.

Dalam pada itu, ada yang memberi cadangan agar pasangan wanita ini menyambung pengajian untuk membuktikan rasa sayang terhadapnya.

Antara komen netizen di media sosial.

"Kalau tak yakin, awak tak akan tanya. Tu je. Awak sudah dapat jawapan cuma belum sedia untuk terima.

"Sementara komitmen tak banyak, suruh la dia cuba ambil SPM. Daripada situ boleh la nampak dia ada usaha ke tidak.

"Masa bercinta memang semua sanggup dik. Takut dah beranak pinak. Masa tu awak mengadu sebab terpaksa keluarkan banyak duit berbanding dia," komen beberapa netizen.

Artikel Lain