suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pening kepala duduk rumah, pelakon tak malu cari duit sampingan pandu e-hailing

Raeshard isi masa lapang dengan memandu e-hailing.

PELAKON asal Indonesia, Raeshard Octaviansha tidak malu mengakui dia kini mencari pendapatan sampingan sebagai pemandu e-hailing ketika waktu lapang.

Kata Raeshard, 37, pekerjaan tersebut bukanlah satu kegiatan yang salah di sisi undang-undang dan dia juga sedar tidak seharusnya bergantung kepada tawaran penggambaran yang mungkin ada ketikanya berkurangan.

"Kalau saya jadi pemandu e-hailing sebenarnya kerana saya bukan jenis orang yang suka duduk diam di rumah. Kalau sehari sahaja tidak buat apa-apa di rumah, saya rasa pening.

Raeshard tidak mahu terus bergantung kepada pendapatan dalam dunia lakonan. 

"Selagi pekerjaan itu halal dan saya masih mampu bergerak, tidak ada sebab untuk berasa malu. Dalam dunia hiburan, belum tentu kita ada penggambaran setiap hari," katanya.

Pelakon sinetron itu pada masa sama menegaskan dia perlu memastikan pendapatan dan perbelanjaan keluarga sentiasa terjamin.

Sebagai ketua keluarga, Raeshard merasakan dia perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dalam memberi nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad hilang lebih 400,000 pengikut IG gara-gara diboikot 

ARTIKEL BERKAITAN: Stres digelar ‘muka petak‘ punca Angbeen Rishi hampir jalani pembedahan

Dia juga sedar akan keperluan semasa anak-anak selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kalau ada masa terluang sementara menunggu tawaran kerja, takkan saya mahu menganggur? Kita lelaki, apatah lagi sebagai suami dan ketua keluarga, memang tanggungjawab kita untuk menyara keluarga.

"Memang untuk menambah pendapatan, termasuk perbelanjaan dapur, membeli lampin pakai buang dan susu anak serta menambah wang saku," jelasnya.

 

Artikel Lain