suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik baharu nak makan percuma... Kawan pejabat tumpang akaun beli makanan dalam talian, tapi tak pernah bayar!

Tekanan di tempat kerja sering bermula daripada sikap kurang bertimbang rasa sesama rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

KEBAIKAN yang diberikan kadangkala boleh disalah erti sebagai peluang untuk mengambil kesempatan, terutama apabila seseorang terlalu sukar untuk berkata tidak.

Pengalaman pahit itu dilalui seorang individu yang terkilan dengan sikap rakan sekerjanya apabila wang yang didahulukan untuk membuat pesanan menerusi aplikasi pembelian dan penghantaran makanan dalam talian tidak pernah dibayar.

Menceritakan semula tentang kelakuan rakannya itu, pengadu berkata dia sering diminta untuk menggunakan akaunnya untuk membuat pesanan makanan ketika waktu makan tengah hari.

"Aku bawa bekal dari rumah. Tapi kawan sekerja tanya sama ada aku nak buat pesanan dalam talian atau tidak. Jadi aku jawab bawa bekal.

Elakkan jadi mangsa rakan sekerja yang suka mengambil kesempatan. -Gambar hiasan AI

"Tapi kawan sekerja tu cakap supaya tolong buat pesanan untuk dia saja. Sedangkan dia sendiri ada akaun. Apabila gunakan akaun aku, mesti la aku kena bayarkan dulu.

"Walaupun aku tak nak belikan, tapi atas sebab tertentu aku kena juga beli dan bayarkan pesanan orang," cerita individu ini.

Lebih mengecewakan, wang yang dibelanjakan itu tidak pernah dibayar balik meskipun perkara sama sudah berlaku beberapa kali.

Berang dan enggan terus menanggung kerugian, dia akhirnya mengambil langkah drastik memadam akaun miliknya supaya tidak lagi menjadi sasaran rakan sekerjanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Buang tabiat’ pergi memancing balik awal, wanita pengsan lihat kelibat suami bawa ikan... Rupanya ada ‘benda’ menyamar, badan penuh kesan lebam

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih dianggap beban, menyusahkan... Pengorbanan bertahun tanggung keluarga tiada nilai di mata suami ‘biawak hidup’

"Dia tak bayar balik. Satu kali, saya maafkan. Dua kali, saya bersangka baik. Tiga kali, saya padam terus akaun tu.

"Aku dah tak guna aplikasi tu supaya dia dah tak boleh gunakan aku. Aku menangis sikit je sebab rasa bersalah. Salah ke aku dalam hal ni? Apa tindakan betul aku patut buat.

"Saya dah ada bekal tapi sebab saya ni people pleaser lepas tu tak berani nak cakap tidak, jadi memang salah saya," katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat dia tidak sepatutnya membiarkan diri sendiri terus dipergunakan.

  • Wanita serik dahulukan duit untuk rakan sekerja.
  • Rakan sekerja tiga kali tak bayar duit makanan.
  • Nekad padam akaun pesanan makanan dalam talian demi elak dipergunakan.
  • Sikap people pleaser buat wanita sukar berkata tidak.
  • Netizen nasihat wanita lebih tegas dengan rakan sekerja.

Malah, ada yang menyarankan supaya individu itu lebih tegas dan meminta rakannya membuat pesanan sendiri tanpa perlu melibatkan akaun peribadinya.

"Sila teruskan saja padam akaun. Itu dah dikira sebagai ambil kesempatan. Suruh dia buat tempahan sendiri.

"Awak memang bersalah dalam hal ni. Kenapa pergi layan orang macam tu? Dah orang buat pesanan, tak nak bayar pula. Tak ada rasa malu," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain