suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berterus terang serik ambil ‘job’ pelanggan huni PPR, jurusolek ditegur jaga bahasa... Jangan rendahkan orang!

MUA seharusnya bersedia memberikan sentuhan kepada sesiapa sahaja yang berminat mendaptkan khidmatnya. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang menawarkan perkhidmatan jurumekap artis (MUA), pastinya tidak terlepas daripada berdepan cabaran dan kerenah pelanggan daripada pelbagai latar belakang.

Menurut seorang MUA, dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menata rias pelanggan yang menetap di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).

"Maaflah saya nak cakap, tapi ia benar-benar mengecewakan. Sebagai MUA, saya akan 'haramkan' kawasan-kawasan PPR.

MUA juga pastinya berdepan pelbagai cabaran dalam mencari rezeki. -Gambar hiasan AI

"Pertamanya, susah untuk cari tempat letak kereta. Jalannya pula sempit dan mengelirukan. Akhir sekali, laluan rumah di kawasan PPR juga tak sesuai untuk saya bawa beg troli mekap yang berat.

"Kami cuma mahukan tempat kerja yang selesa. Ini tidak, pusing blok pun dah 10 kali, parkir kereta jauh. Kena tarik dan angkat beg berat. Sampai rumah pelanggan, kita pun dah penat," luahnya.

Bagaimanapun, wanita yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun sebagai MUA itu menjelaskan dia sebenarnya tidak berniat untuk menghina penghuni-penghuni PPR.

  • Seorang jurusolek berkongsi pengalaman berkunjung ke rumah pelanggan di sebuah PPR.
  • Dia kurang senang kerana sukar mencari parkir dan terpaksa menyeret beg ke rumah pelanggan.
  • Dia juga bercadang untuk menolak pelanggan akan datang sekiranya mereka tinggal di PPR.
  • Hantaran Thread wanita itu mengundang pelbagai komen daripada netizen.

"Saya cuma nyatakan kenapa saya akan tolak pelanggan dari kawasan itu pada masa akan datang. Saya bukannya bercakap mengenai penduduknya," ujar wanita itu lagi.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan luahan hati MUA berkenaan.

Namun, ada juga individu yang mengerti apa yang cuba disampaikan wanita itu, malah beberapa MUA lain turut tampil berkongsi pengalaman dilalui mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kusam, kotor... Penduduk aras 6 flat PPR bangga ada lobi macam hotel! Mak-mak kreatif beri idea, geng lelaki realisasi impian

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat penghuni PPR sengkek ke?” - Wanita tempelak persepsi negatif orang luar, dedah ramai mampu pandu Mercedes

"Mungkin awak boleh guna ayat yang lebih baik dan tidak kedengaran seperti merendahkan mereka.

"Ada cara untuk sampaikan mesej tanpa kedengaran seperti merendahkan orang. Ini tidak profesional.

"Dia bukannya pandang rendah terhadap penduduk PPR. Dia cuma mengadu tentang kawasan itu," tulis beberapa individu.

Artikel Lain