SEBUT sahaja PPR atau kediaman Projek Perumahan Rakyat, pasti ramai akan terbayang tentang mentaliti dan realiti kehidupan golongan berpendapatan rendah.
Perspektif dan stigma yang mengaitkan penghuni PPR dengan kemiskinan sudah lama berlaku dan berlarutan sehingga kini.
Bagaimanapun menerusi perkongsian terkini di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman baharu mengenai kehidupan penduduk PPR yang ramai tidak tahu.

Penduduk PPR sering dikaitkan dengan golongan B40. -Gambar hiasan
Dia yang dikenali sebagai Irda berkata, seiring peredaran masa, kebanyakan penghuni PPR adalah mereka yang berkemampuan dan berkerjaya.
"Ingat manusia yang duduk PPR tu sengkek ke? Tak berduit atau tak berkerjaya?
"Eh come on, luar flat tapi dalam kondo. Bersepah Mercedes, X50, X70, BYD, Chery, yang turbo atau kuasa kuda.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kusam, kotor... Penduduk aras 6 flat PPR bangga ada lobi macam hotel! Mak-mak kreatif beri idea, geng lelaki realisasi impian
"Segala jenama tok nenek yang canggih ada kat situ. Bersepah parkir tepi, yang tinggal di PPR ada je berbelanja dan poket golongan T20, aset luar," kongsinya di Thread.
Menurut wanita ini, hal berkenaan tidak mustahil kerana kemewahan seumpama itu boleh dikecapi penghuni PPR kerana kehidupan mereka diubah anak-anak yang sudah berjaya.
- PPR sering dikaitkan dengan mentaliti negatif golongan berpendapatan rendah.
- Wanita bernama Irda berkongsi pengalaman bahawa ramai penghuni PPR kini berkemampuan dan berkerjaya.
- Ada penghuni memiliki kereta berjenama seperti Mercedes, X50, X70, BYD dan Chery.
- Ramai warga emas memilih kekal tinggal di PPR walaupun mampu beli rumah lebih selesa.
- Netizen persoal kewajaran golongan mampu tinggal di PPR kerana dianggap mengambil hak B40 yang lebih memerlukan.
Malah katanya, kebanyakan warga emas di situ memilih untuk terus tinggal di kawasan berkenaan meskipun mempunyai penempatan baharu yang lebih selesa.
"Logik je sebab mak ayah yang dah lama duduk dan beli unit tu, anak-anak pula dah besar serta ada karier masing-masing.
"Mereka pilih untuk berbelanja pada kereta, banyak je otai-otai sini beli rumah yang selesa di tempat lain.

Antara reaksi warga maya.
"Tapi mereka pilih untuk tinggal di sini, setiap orang ada cara tersendiri untuk berbelanja," ujarnya yang tinggal di PPR Bandar Tun Razak.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, ramai yang mempersoalkan kewajaran mereka yang berkemampuan tapi masih tinggal di PPR.
"Itu maknanya kau dah ambil hak orang yang lebih memerlukan.
"Kalau dah rasa T20, keluarlah dari situ... ramai lagi B40 nak duduk PPR tapi tak dapat.
"Betul, dulu pernah duduk kat Bandar Tun Razak, luar PPR parkir Mercedes dan Mustang," demikian reaksi warga maya.


