PENILAIAN berdasarkan penampilan luaran sering kali mengaburi realiti sebenar yang tersembunyi di sebalik tingkah laku dan sikap seseorang.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman mengenai perkenalan dengan seorang jejaka yang pada mulanya difikirkan sebagai calon suami terbaik.
"Berada dalam fasa kenal hati budi selama dua bulan dengan seorang lelaki. Nampak okey, gentleman, wise. Gambar dia pun menunjukkan dia lelaki segak.
"Kami buat keputusan keluar tengok wayang. Kemudian dia nak hantar saya balik rumah. Selalunya saya menolak lebih-lebih lagi jika lelaki yang memandu.
Antara elemen penting ketika menjalin hubungan adalah saling memahami. -Gambar hiasan
"Tapi sebab dia nampak baik daripada awal, jadi saya benarkan tapi dah text adik-beradik dan kongsi my live location," ceritanya menerusi hantaran media sosial.
Segala-galanya berjalan lancar dan mereka rancak berbual daripada satu topik kepada topik yang lain, sehinggalah perbualan menjurus ke arah perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal pakwe kedekut! Banyak berhabis beli hadiah, tempah ‘fine dining’... Setahun bercinta cuma dapat sebungkus teh
ARTIKEL BERKAITAN: “Aku kasihankan bakal bini dia” - Wanita nekad bocor rahsia besar ‘ex-BF’, bimbang merana lepas nikah
"Dia tanya, saya lebih suka kerja atau jadi suri rumah selepas kahwin? Saya cakap dah biasa kerja dan nak ada duit sendiri. Kemudian situasi menjadi panas.
"Nada suara dia macam marah, dia kata... kenapa nak kerja, kan dah ada suami, biarlah suami yang provide. Saya jawab, memang itu tanggungjawab suami tapi sebagai persediaan, isteri pun perlu duit sendiri.
"Dia triggered dan meninggikan suara. Tiba-tiba tekan minyak dan bawa kereta laju-laju," tulisnya.
Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit berkenalan dengan lelaki yang nampak baik pada luaran namun berbeza sikap sebenarnya.
Pertengkaran berlaku apabila mereka berbicara soal peranan wanita selepas kahwin.
Lelaki itu mula meninggikan suara dan memandu laju secara berbahaya kerana tidak setuju dengan pandangannya.
Wanita tersebut bertindak bijak dengan keluar dari situasi tegang itu dengan bantuan abangnya.
Netizen menyokong tindakannya dan mengingatkan wanita lain agar lebih berhati-hati.
Dalam keadaan tegang dan dihantui perasaan bercampur-baur, wanita itu mengambil kesempatan menghubungi abangnya untuk meminta bantuan, ketika mereka singgah di sebuah stesen minyak.
Sejurus selepas abangnya tiba kira-kira 15 minit kemudian, wanita itu berkata dia terus meluru keluar dari tandas stesen minyak.
"Kemudian saya jumpa dia, beritahu yang saya tak suka dia drive kereta laju-laju, dan saya kata semuanya berakhir di sini. Saya tak nak teruskan dengan dia lagi.
"Dia tengking saya kuat gila sampai abang saya ke depan. Dia mula ungkit pasal duit. Iya dia bayar tiket wayang dan saya bayar popcorn.
"Saya keluarkan duit RM100 dan letak dekat tempat duduk dan blah. Saya terus block dia. Ia memang pengajaran terbaik buat saya," tulisnya lagi.

Antara reaksi warga maya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, selain bersetuju dengan tindakan pantasnya 'keluar' daripada situasi berbahaya.
Dalam pada itu, mereka juga memberi peringatan kepada wanita lain agar mengambil langkah berhati-hati dan segera menjauhkan diri jika bertemu dengan lelaki yang menunjukkan ciri redflag.
"Ada hikmahnya sis naik kereta dia. Kalau tak, lagi lama kenal dah jadi sayang, mungkin susah nak break.
"Kepada perempuan, janganlah berani keluar dating naik kereta dengan lelaki yang baru kenal atau dah lama kenal. Kita tak tahu niat dan hati mereka," demikian antara komen netizen.


