ISU gangguan seksual dalam kalangan penggiat industri seni tidak seharusnya dipandang ringan atau disembunyikan, sebaliknya perlu ditangani menerusi saluran yang betul bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, beliau menyambut baik keberanian artis yang tampil menyuarakan pengalaman berdepan gangguan seksual ketika menjalani penggambaran drama atau filem. Hans, 55, bagaimanapun berkata setiap dakwaan perlu disokong fakta dan individu yang terlibat disarankan membuat laporan polis atau mendapatkan khidmat nasihat peguam sebelum mengambil keputusan mendedahkan perkara itu di media sosial.“Bagus sekiranya artis itu mahu menyuarakan tentang isu (gangguan seksual) ini. Pertama sekali, kita tak sepatutnya menyembunyikan perkara yang tidak betul (kesalahan). Hans menyarankan penggiat seni membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum berkongsi secara umum. “Keduanya, kita kena lihat fakta-fakta. Jangan jadikan media sosial sebagai tempat untuk membuat aduan. Buatlah tindakan yang betul sama ada laporan polis atau dapatkan khidmat peguam. “Kalau anda rasa tindakan ini tidak mencukupi dan ingin berkongsi di media sosial, kami faham. Masyarakat perlu tahu dan nilaikan tetapi isu ini sangat sensitif bakal mengundang pelbagai reaksi ramai,” katanya kepada mStar. Hans berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Dalam pada itu, Hans berkata pandangannya itu bukan sahaja mewakili kedudukannya sebagai Pengerusi Finas, sebaliknya berdasarkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri seni tanah air.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasiARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sambut baik tindakan Global Station mahu siasat dakwaan, mohon maaf guna bahasa kasarKata Hans, golongan penggiat seni juga perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat memandangkan karya mereka menjadi tontonan umum.“Saya bercakap bukan sebagai Pengerusi Finas, tetapi individu yang sudah berada di dalam industri seni tanah air lebih daripada 30 tahun. ‘Kita perlu jadi contoh kepada orang ramai kerana masyarakat mengikuti filem-filem kita.“Jadi artis-artis perlu menjadi satu contoh kepada rakyat Malaysia, ini adalah pandangan peribadi saya,” ujarnya.Mengulas lanjut, Hans memaklumkan Finas sedang dalam perbincangan dan proses untuk mewujudkan perlindungan bukan sahaja kepada artis, malah seluruh pekerja seni daripada menjadi mangsa gangguan seksual.“Kami di Finas sebenarnya sedang dalam perbincangan dan proses untuk melindungi bukan sahaja artis tetapi pekerja seni. Finas sedang dalam perbincangan dan proses untuk mewujudkan perlindungan kepada penggiat seni.“Akan ada di bawah akta Finas untuk gangguan seksual ini. Buat masa ini saya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak kerana adalah tidak adil disebabkan saya tidak mengetahui cerita sebenar. “Kalau isu ini benar-benar berlaku perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat laporan polis dan kemudian datang kepada Finas untuk kami ambil tindakan,” katanya.Sebelum ini, pelakon Puteri Balqis mendedahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong dan sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.Menurutnya, dia terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan berjumpa pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan.TONTON VIDEO PILIHAN!