suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita teruja dapat panggilan ‘interview’ selepas setahun menganggur, terkejut panel temu duga minta tengok sejarah ChatGPT

Seorang calon terkejut apabila panel temu duga meminta untuk melihat sejarah perbualannya di ChatGPT. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan kecerdasan buatan (AI) membantu memudahkan urusan harian selain dijadikan rujukan dalam pelbagai perkara.

Namun, kebergantungan terhadap teknologi itu khususnya dalam aspek menyusun ayat dan mencari jawapan, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan panel temu duga ketika menilai kebolehan calon bekerja secara berdikari.

Maka tidak hairanlah apabila terdapat syarikat yang memberi fokus kepada penggunaan AI ketika menemu duga calon pekerja.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang sedang mencari kerja berikutan penemu duga secara tiba-tiba meminta untuk melihat sejarah penggunaan ChatGPT.

Calon perlu menjawab setiap soalan panel temu duga dengan penuh keyakinan. -Gambar hiasan AI

Calon perlu menjawab setiap soalan panel temu duga dengan penuh keyakinan. -Gambar hiasan AI

Berkongsi pengalaman mengenainya, dia yang terkejut kemudiannya mengajukan tujuan permintaan tersebut sebelum dimaklumkan bahawa penemu duga mahu mengetahui sama ada dia kerap bertanya soalan atau meminta ChatGPT menyusun ayat untuknya.

"Pergi temu duga kerja, tiba-tiba panel temu duga nak tengok sejarah penggunaan ChatGPT aku dan aku terus tanya kenapa.

"Mereka cakap nak tengok sama ada aku selalu tanya atau minta ayat dekat ChatGPT," luahnya di Threads. 

  • Seorang wanita terkejut apabila panel temu duga meminta untuk melihat sejarah perbualannya di ChatGPT.
  • Panel mahu mengetahui sama ada dia kerap bertanya soalan atau meminta ChatGPT menyusun ayat.
  • Dia menolak permintaan itu kerana menganggapnya tidak munasabah, lalu diberitahu bahawa dia dikira gagal temu duga.
  • Itu sesi temu duga pertamanya selepas lebih setahun menganggur dan dia memilih untuk terus mencari kerja.
  • Perkongsiannya di Threads mencetuskan reaksi netizen yang mempersoalkan kewajaran panel meminta akses kepada perbualan peribadi calon.

Perasaan curiga dan bimbang dengan situasi tersebut, dia kemudiannya menolak permintaan panel berkenaan kerana menganggapnya sebagai tidak munasabah.

Namun tanpa diduga, keengganannya menunjukkan sejarah penggunaan ChatGPT membuatkan dia dianggap sebagai gagal dalam sesi berkenaan.

"Katanya kalau tak memenuhi syarat yang ditetapkan, aku dianggap gagal. Jadi aku teruskan mencari kerja, lagipun ini baru temu duga pertama selepas setahun 'tanam anggur'," luahnya yang pasrah dengan kegagalan memperoleh pekerjaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempuh perjalanan 9 jam hadiri temu duga, individu kecewa dapat tahu ada ‘plot twist’... Hanya berharap ‘bekal’ doa seorang ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula ‘tarbiah’ kata tak layak, tapi akhirnya tawar kerja gaji RM1,700! Taktik majikan terdesak nak jurutera murah dibongkar

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan syarikat terbabit tidak wajar mengajukan perkara berkaitan peribadi calon.

"Sebagai kakitangan bahagian sumber manusia, tindakan tu tak betul sebab penggunaan ChatGPT adalah hak peribadi calon.

"Perkara paling merepek pernah dengar, lain kali balas balik kat syarikat tu, tanya dia ada waran ke nak tengok hal peribadi calon," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain