suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempuh perjalanan 9 jam hadiri temu duga, individu kecewa dapat tahu ada ‘plot twist’... Hanya berharap ‘bekal’ doa seorang ibu

Setiap calon yang menghadiri temu duga kerja pastinya mempunyai kelebihan masing-masing. -Gambar hiasan AI

KETIKA keadaan pasaran pekerjaan semakin mencabar, panggilan menghadiri temu duga pastinya dinanti-nantikan buat mereka yang sedang menganggur.

Biarpun terpaksa menempuh perjalanan berjam-jam, namun ia bukan halangan untuk merebut peluang yang ada.

Begitulah yang dilalui seorang individu apabila sanggup menaiki bas selama hampir sembilan jam dari Pasir Mas, Kelantan ke Mersing, Johor semata-mata untuk menghadiri temu duga.

Namun keterujaan tersebut bertukar rasa kecewa apabila melihat empat calon lain yang membuatkan dia hilang keyakinan.

Pelbagai kriteria yang dipertimbangkan majikan sebelum memuktamadkan pengambilan calon yang menghadiri temu duga. -Gambar hiasan AI

"Plot twist empat orang itu semua member, ditambah syarikat sudah kenal. Akak dekat ofis itu siap panggil nama panggilan mereka sebab sudah kenal," luahnya.

Situasi tersebut membuatkan dia berasa rendah diri dan mula menganggap peluang untuk mendapatkan pekerjaan berkenaan semakin tipis.

Tambahnya, keadaan itu lebih membimbangkan apabila hanya dua kekosongan ditawarkan untuk jawatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita datang ‘interview‘ bawa anak, pengalaman 10 tahun kendali mesin kilang tak bererti kerana tiada SPM

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman bertahun-tahun pun tak laku! Wanita persoal kriteria majikan pilih staf, pandang bakat atau umur

"Tiba-tiba rasa down waktu itu, sebab nampak macam tak ada harapan. Kekosongan ada dua je," katanya lagi menerusi hantaran di Threads.

Ujarnya, biarpun perasaan bercampur baur antara kecewa dan sedih, dia tetap optimis dan melihat apa yang berlaku daripada sudut positif. 

Tambah individu tersebut lagi, dia hanya mampu berpegang kepada doa ibunya selain memberikan yang terbaik sepanjang sesi berkenaan.

  • Seorang individu menaiki bas hampir sembilan jam untuk menghadiri temu duga.

  • Dia berasa kecewa selepas mendapati empat calon lain sudah mengenali pihak syarikat.

  • Situasi itu membuatkannya hilang keyakinan, lebih-lebih lagi hanya dua kekosongan ditawarkan.

  • Namun, dia berpegang pada doa ibunya dan memberikan yang terbaik ketika temu duga.

  • Warga maya memberi kata semangat dan mengingatkannya supaya yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah.

"Berbekalkan doa mak je tapi sudah buat yang terbaik memandangkan datang dari jauh. Doakan aku ya," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Malah ramai memintanya yakin dan percaya dengan rezeki telah ditetapkan Allah.

Ada juga berpendapat situasi sedemikian tidak semestinya bermakna peluang sudah tertutup walaupun calon lain mempunyai kelebihan dari segi pengalaman atau hubungan dengan pihak tertentu.

Artikel Lain