suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengalaman bertahun-tahun pun tak laku! Wanita persoal kriteria majikan pilih staf, pandang bakat atau umur

Mencari pekerjaan di usia lewat 40-an bukan sesuatu yang mudah. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN bekerja selama bertahun-tahun sepatutnya menjadi satu nilai tambah yang sukar ditandingi oleh mana-mana pekerja baharu. 

Namun hakikatnya, pengalaman berharga itu sering kali dipandang sepi apabila golongan berusia 40-an ke atas cuba untuk kembali menyertai alam pekerjaan.

Lebih mengecewakan, ada yang langsung tidak diberi peluang hanya disebabkan faktor umur dan jurang pengalaman yang dianggap 'terlalu lama'.

Pengalaman pekerjaan sering menjadi keutamaan di sesebuah syarikat. -Gambar hiasan AI

Pengalaman pekerjaan sering menjadi keutamaan di sesebuah syarikat. -Gambar hiasan AI

Pahit untuk ditelan, situasi inilah yang terpaksa dihadapi seorang wanita berusia 46 tahun sehingga dia mula mempersoalkan sama ada majikan lebih mementingkan pengalaman atau sekadar inginkan pekerja muda.

"Saya sekarang sedang mencari peluang untuk kembali bekerja, ada pengalaman bertahun-tahun dalam bidang perhotelan termasuk di hotel lima bintang," ujarnya di Thread.

Malah katanya, antara pengalaman yang dimiliki adalah menjaga operasi kaunter hadapan, khidmat pelanggan dan perhubungan tetamu.

  • Wanita berusia 46 tahun cari peluang untuk kembali bekerja selepas bertahun-tahun berkhidmat dalam bidang perhotelan.
  • Mempunyai pengalaman di hotel lima bintang, termasuk mengendalikan kaunter hadapan, khidmat pelanggan dan perhubungan tetamu.
  • Menurutnya, pekerja berusia 40-an masih mampu menyumbang kepada syarikat.
  • Dia tertanya-tanya sama ada majikan masih menghargai pengalaman atau cenderung pilih calon muda.
  • Warga maya yang berpandangan peluang kerja masih ada, walaupun pertimbangan kos gaji turut mempengaruhi pemilihan pekerja.

Bagi wanita ini, usia 40-an bukanlah penghalang untuk seseorang itu menyumbang bakat dan kemahiran di tempat kerja.

"Mungkin bukan graduan baharu tapi saya ada pengalaman dan kematangan, kesabaran serta tahu cara untuk berurusan dengan tetamu.

"Cuma yang menjadi persoalan, adakah pengalaman kita masih dipandang majikan atau mereka memilih yang muda?" soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpan calon kerja sembang topik strategi, wanita kesal idea pemasaran kena ‘rembat’ selepas hadir temu duga jawatan eksekutif

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil VSS selepas 26 tahun berkhidmat, cubaan pekerja veteran ini cari kerja baharu sepi… Kini bangkit jual kuih di pasar!

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan terdapat peluang pekerjaan yang mengutamakan pengalaman berbanding usia.

"Ada, kami tak kira umur sis... yang penting boleh buat kerja.

"Majikan tak memilih tapi bahagian sumber manusia sebab mereka nak bayar murah, graduan baharu masih murah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain