suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil VSS selepas 26 tahun berkhidmat, cubaan pekerja veteran ini cari kerja baharu sepi… Kini bangkit jual kuih di pasar!

Perniagaan menjadi pilihan sesetengah bekas pekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas mengambil VSS. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN luas berkhidmat selama 26 tahun dalam dunia korporat langsung tidak menjamin laluan mudah buat seorang lelaki apabila dia kini berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu selepas mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Lebih menambah rasa pilu, dia dipercayai menghantar lebih 40 permohonan kerja di pelbagai tempat, namun kesemuanya tidak membuahkan hasil.

Kisah duka itu dikongsikan oleh seorang bekas rakan sekerjanya yang bersimpati melihat nasib dan perjuangan individu berkenaan menerusi satu hantaran di sosial media.

"Bekas senior pejabat aku kena VSS tahun lepas, masa tu umur dia 52 tahun dan sudah 26 tahun berkhidmat.

Kebanyakan syarikat di Malaysia dikatakan tidak berminat mengambil calon yang sudah berusia. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan syarikat di Malaysia dikatakan tidak berminat mengambil calon yang sudah berusia. -Gambar hiasan AI

"Masa syarikat tawarkan tu, semua orang cakap dia beruntung sebab pampasan yang diterima sama dengan berbulan-bulan punya gaji," ceritanya di Thread.

Menurut lelaki ini, meskipun rakan sekerjanya sentiasa memberikan senyuman ketika majlis perpisahan, namun dia dapat merasakan kegusaran hati individu tersebut kerana tangannya dikatakan sejuk ketika bersalaman.

Malah katanya, selepas kira-kira enam bulan 'berpisah', dia tidak menyangka akan bertemu dengan individu tersebut sedang menjual kuih di pasar.

"Bukan sebab pampasan dia habis tapi sebab umur dia 52 tahun dan apabila hantar resume, bahagian sumber manusia tengok umur dahulu.

  • Seorang lelaki berusia 52 tahun sukar mendapatkan pekerjaan baharu selepas menerima VSS, meskipun mempunyai pengalaman bekerja selama 26 tahun.
  • Dia dipercayai menghantar lebih 40 permohonan kerja, namun hanya dua yang menerima maklum balas.
  • Enam bulan selepas meninggalkan syarikat, bekas rakan sekerjanya terserempak dengannya sedang menjual kuih di sebuah pasar.
  • Lelaki itu menyifatkan pengalaman VSS sebagai pelajaran paling mahal.
  • Kisahnya meraih simpati netizen, selain mencetuskan perbincangan mengenai kesukaran individu berusia lewat 40-an dan 50-an mendapatkan pekerjaan baharu.

"Dia hantar lebih 40 resume, hanya dua yang berbalas," kongsinya lagi.

Lebih menambah rasa pilu, individu terbabit turut meluahkan rasa terkilan kerana tempoh perkhidmatan yang lama rupanya bukan jaminan buat seseorang pekerja.

"Dia cakap... aku ingat 26 tahun bekerja itu satu jaminan. Rupanya cuma nombor pada slip gaji.

"Sekarang dia jual kuih, ada pelanggan tetap dan apa yang berlaku tu dia anggap sebagai pelajaran paling mahal," ceritanya mengimbau kata-kata lelaki terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat lama makin maju, bekas staf teruja diterima masuk bekerja semula... Tapi terkedu HR beri syarat pelik

Perkongsian kisah rakannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai meluahkan rasa simpati.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan bagi golongan veteran adalah berbeza-beza mengikut sektor.

"Tengok jenis bidang, suami aku ni rata-rata kawan dia dalam bidang teknolgi, lepas bersara pun mereka masih dapat tawaran lagi.

"Ramai yang berusia hujung 40-an berasa tertekan disebabkan pekerjaan, banyak syarikat yang dah tak mahu ambil orang agar berumur," demikian reaksi netizen. 

Artikel Lain